728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, October 04, 2005

    Barisan Pimpinan PERKEPIS Sesi 05/06

    Alhamdulillah, Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Ke-1 Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Peserta-peserta yang hadir terdiri daripada ahli-ahli PERKEPIS di setiap peringkat, pelajar-pelajar Sekolah Menengah, Siswa-Siswi IPT dan turut diserikan dengan kehadiran Generasi Perintis kepada PERKEPIS dan Wakil Khas Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

    MPAT kali ini menyaksikan perubahan besar di dalam pucuk pimpinan PERKEPIS selari dengan era baru yang bakal ditempuhi di masa mendatang. Pendaftaran PERKEPIS secara sah sebagai sebuah Persatuan Badan Bukan Kerajaan di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Cawangan Sarawak di sisi undang-undang (Akta Pertubuhan 1966) adalah titik mula kepada era baru perjuangan PERKEPIS. Selanjutnya, PERKEPIS akan memperlihatkan perancangan dan perlaksanaan gerak kerja jangkamasa pendek mahupun panjang dalam usaha meneruskan kesinambungan PERKEPIS sebagai Gerakan Pelajar Islam di dalam perjuangan Pelajar Islam.

    Berikut disenaraikan Barisan Pimpinan PERKEPIS bagi sesi 05/06. Semoga PERKEPIS akan terus bergerak maju dengan langkah yang lebih padu dan laju.
    Yang Di-Pertua
    Sdr. Wan Azizan B. Wan Zainal Abidin
    Dip. Perakaunan, IBMS
    (Tahun Akhir (B.A.) Jurusan Perakaunan, Universiti Swinburne)
    Timbalan Yang Di-Pertua
    Ust. Hasfa Bakhry B. Hassan
    Dip. Syariah, IKMAS
    (Tahun Akhir (B.A.) Jurusan Siyasah dan Syariah, Universti Islam Syarief Hidayatullah)
    Naib Yang Di-Pertua 1
    Sdr. Syeed Abdul Hamid B. Wan Yusuf
    B.A. (Kepujian) Bioteknologi, UM
    Naib Yang Di-Pertua 2
    (Pengerusi PERKEPIS Caw. Semenanjung-PERKEPISMA)
    Sdr. Muhd. Rafique Hafeedzy B. Muhd. Agus
    (Tahun 1 (B.A.) Jurusan Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan, UIAM)
    Naib Yang Di-Pertua 3
    (Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita-HEWI)
    Sdri. Siti Khatijah Bt. Edi Wahab
    (Tahun Akhir (Dip.) Jurusan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kuching)
    Setiausaha Agung
    Ust. Mohd. Solihin B. Hamden
    Dip. Usuluddin, IKMAS
    Penolong Setiausaha 1
    Sdr. Afham Jauhari B. Aldi
    (Tahun Akhir (B.A.) Jurusan Sistem Informasi, UNITAR)
    Penolong Setiausaha 2
    Sdri. Dyg. Hartini Bt. Abg. Slamsa
    (Tahun 2 (B.A.) Jurusan Kejuruteraan Awam, UNIMAS)
    Bendahari Kehormat
    Sdri. Nurul Shahida Bt. Sahidan
    (Tahun Akhir (B.A.) Jurusan Perubatan, UNIMAS)
    "Berjasa Kepada Masyarakat"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Barisan Pimpinan PERKEPIS Sesi 05/06 Rating: 5 Reviewed By: PERKEPIS
    Scroll to Top