728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, October 20, 2005

    Usrah PERKEPISMA Buat Lawatan Ke Jambatan Gantung KLCC


    Bersempena dengan perjumpaan terakhir buat semester ini, Usrah PERKEPISMA berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke Jambatan Gantung KLCC (Kuala Lumpur City Centre) pada 8 Oktober yang lalu.
    Lawatan disertai oleh 12 orang ahli PERKEPIS daripada kampus-kampus sekitar Lembah Klang iaitu UTM KL, UM, UPM, UKM, KDH dan UIAM. Turut bersama di dalam lawatan tersebut ialah Exco PKPIM, Sdr. Hammad Dahlan dan Sdr. Mohd. Nadmin serta Wakil Khas HMI (Himpunan Mahasiswa Islam Indonesia), Sdr. Hasbullah yang melawat PKPIM bagi pihak persatuan.
    Pengalaman yang dikecapi daripada lawatan tersebut amat menyeronokkan. Peserta lawatan berasa kagum kerana berada di atas jambatan gantung sebuah bangunan yang pernah dinobatkan sebagai tertinggi di dunia. Semoga ia menjadi motivasi kepada adik-adik di Sekolah Menengah. :: Berjasa Kepada Masyarakat
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Usrah PERKEPISMA Buat Lawatan Ke Jambatan Gantung KLCC Rating: 5 Reviewed By: PERKEPIS
    Scroll to Top