Mari Lihat Diri...

Mari Lihat Diri...

Sertai Kumpulan Maulid PERKEPIS

Juh ekot kamek orang sekali... kita imarahkan Majlis Zikrullah dan Selawat 'ala Rasulillah s.a.w.

Kepada sesiapa yang berminat atau berkemahiran di dalam nukuk bongo, main kerincing, niup flute, main gitar atau pandei main apa-apa jenis alat muzik, kitak orang amat dialu-alukan... Mun sik pandei pun sik hal, nok penting minat ada... PERKEPIS akan nulong kitak orang belajar...

Sesiaapa yang berminat, boleh tinggalkan pesanan (nama dan nombor perhubungan) di chatbox... PERKEPIS akan hubungi kitak orang segera...

Sunday, December 06, 2009

Akibat Meludah ke Langit



Pada suatu hari, seorang pendeta sedang mencari-cari sebuah rumah. Ia bertanya kepada seseorang yang berjalan kaki, “Bolehkah tuan tunjukkan saya bagaimanakah jalan ke rumah Habib Salim bin Ahmad bin Jindan?”

“Oh... siapa yang tidak kenal beliau! Hendak ke rumahnya...” kemudian ia memberitahu jalan ke rumah yang dihajati.

Apabila pendeta itu tiba, ia telah berjumpa dengan orang yang dicarinya. Ia bertanya, “Tuan Habib, saya ingin bertanya.”

“Silakan.” Jawab Habib Salim.

“Habib, siapakah yang lebih mulia, adakah orang yang masih hidup ataupun yang telah mati?”

Habib Salim menjawab, “Semua orang akan menjawab, bahawa yang hidup lebih mulia daripada orang yang mati, kerana orang yang sudah mati sudah menjadi bangkai (reput dimakan tanah).”

Kemudian pendeta itu melontarkan kembali persoalannya, “Kalau begitu, sudah tentu Isa ibn Maryam (Nabi Isa) adalah lebih mulia daripada (Nabi) Muhammad bin Abdullah (sallallahu alaihi wasallam), manakala Isa (menurut keyakinan Habib dan umat Islam) belum wafat dan masih hidup.”

Kepada orang kebanyakan, mungkin set soalan pendeta ini memerangkap orang ini. Mungkin dalam fikirannya, ia telah berjaya memberi pukulan maut kepada tokoh agamawan ini, ataupun mengunci mati daripada berhujah.

Namun secara spontan Habib Salim menjawab, “Kalau begitu....” Pendeta itu menyangka kemenangan miliknya!



Mata pendeta membulat menunggu jawapan, Habib Salim menyambung, “... bererti ibu saya lebih mulia daripada Maryam (ibu Nabi Isa alahissalam) kerana Maryam sudah meninggal, sedangkan ibu saya masih hidup.”

Pendeta terkesima. Ia terbungkam seribu bahasa. Malang sekali, terlajak perahu boleh balik; terlajak cakap buruk padahnya. Ia meludah ke langit, terpalit pula dek kembali ditarik pecutan graviti.

Habib Salim bertanya dengan tenang, “Tuan mahu berjumpa ibu saya? Dia ada di belakang.”

“Terima kasih sahajalah.” Lalu pendeta itu berpaling dan bingkas pulang.


Al-Masih putera Maryam (Nabi Isa alaihis salam) itu hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa Rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa memakan makanan. Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli Kitab) tanda-tanda Kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (daripada memperhatikan ayat-ayat Kami itu). (Surah al-Maidah, 5:75)


Berjasa Kepada Masyarakat


NOTA: Habib Salim bin Ahmad bin Jindan rahimahullah merupakan ulamak berasal dari Surabaya, Indonesia dilahirkan pada 18 Rejab 1324 / 7 September 1906. Beliau merupakan seorang ulamak yang menguasai banyak bidang ilmu terutama ilmu hadith, sejarah dan nasab (salasilah keturunan). Beliau digelar sebagai muhaddith dan musnid kerana keilmuannya dalam hadith. Dikatakan beliau telah menghafal sebanyak 70, 000 hadith beserta sanad. Beliau telah terlibat menyerukan jihad dalam perjuangan rakyat Indonesia menghadapi penjajahan Belanda dan Jepun, sehingga beliau banyak kali keluar masuk penjara. Ulamak ini telah wafat di Jakarta pada 16 Rabiul Awal 1389 Hijrah / 1 Jun 1969. Ratusan ribu umat Islam telah datang dari segenap pelusuk rantau berbondong-bondong ke rumahnya untuk menyampaikan ucapan takziah. Dakwah beliau diteruskan oleh Habib Salahuddin dan Habib Naufal serta keturunannya.

NOTA: Gambar pertama ialah di Sungai Baram, Marudi dan kemudian pantai Bungai, Miri

Rujukan:Al-Habib Salim ibn Ahmad ibn Jindan, (2008). Fitnah Syiah. Lujnah Penyelidikan Yayasan Sofa Negeri Sembilan. Sofa Production: Ampang.

Wednesday, December 02, 2009

Kembara Jalan Kaki 2009

Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) sekali lagi tampil dengan program Kembara Jalan Kaki 2009 pada 1 Disember 2009 (Selasa) bagi mengisi masa lapang para remaja di musim cuti sekolah. Kembara kira-kira 10 kilometer yang bermula daripada Sukma Ria tamat di Pantai Pasir Pandak. Hampir 40 orang peserta menyertai kembara kali ini, dibimbing oleh para jurulatih PERKEPIS bagi memastikan kebajikan dan keselamatan para peserta sepanjang kembara berlangsung.

Tatkala sampai di destinasi, kembara juga diisi dengan aktiviti bermodul yang melibatkan partisipasi para peserta secara mental dan rohani. Perkongsian pengalaman daripada Sdr. Zakaria Ahid (senior PERKEPIS yang kini menyambung pengajian di dalam bidang perubatan di Universiti Otago, New Zealand) juga cukup bermakna bagi para peserta sebagai motivasi bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Alhamdulillah, kembara yang diketuai oleh Sdr. Hisyamuddin Roslan (Naib Yang Di-Pertua PERKEPIS) telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua jawatankuasa penggerak dan khususnya para peserta yang sememangnya mantap! Chaiyook!!!


Taklimat Kembara Jalan Kaki 2009 oleh Sdr. Hisyamuddin Roslan



Sebahagian daripada para peserta Muslimat 



Dalam perjalanan


Perkongsian pengalaman oleh Sdr. Zakaria Ahid



Di antara Aktiviti Bermodul yang dijalankan



Makan...



Makan lagi...



Majoh (Mentekedarah)



Jawatankuasa Penggerak


Jawatankuasa Penggerak


Para Peserta
Kembara Jalan Kaki 2009

* terima kasih kepada Numi di atas gambar-gambar yang dipapar di Facebook

Friday, November 27, 2009

Sekitar Usrah Gabungan PERKEPIS



Usrah Gabungan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) berlangsung pada 22 November yang lepas bertempat di kediaman En. Khairul Anwar Shazali, Yang Di-Pertua PERKEPIS. Usrah pada kali ini menampilkan Kapten Dr. Shazni Bt. Shaharudin, mantan Naib Yang Di-Pertua PERKEPIS (Pengerusi HEWI) sebagai pembentang bagi berkongsi pengalaman dan pandangan berhubung gerakan pelajar Islam di Sarawak.

Kehadiran ahli-ahli usrah yang menjangkau 40 orang tambah memeriahkan suasana diiringi dengan nyanyian bait-bait qasidah Imam Abdul Rahman As-Syaibani ad-Daibaie mengingati Allah s.w.t. serta selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. menempatkan kita di kalangan golongan yang diredhai dan dirahmati di dunia dan akhirat. Ameen.












Sunday, November 08, 2009

YDP PERKEPIS Dilantik Sebagai Ahli MPBN


Sdr. Khairul Anwar Shazali, Yang Di-Pertua Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah dilantik oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia sebagai ahli Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bagi Sesi 2009/2010. Seramai 20 ahli MPBN lantikan Menteri dipilih daripada 40 orang yang disenarai pendek daripada 200 penyertaan dan pencalonan seluruh Malaysia. Sdr. Khairul Anwar merupakan salah seorang belia Sarawak yang dilantik di samping seorang lagi iaitu Dayang Nurfaizah Awang Dothy.


20 ahli lantikan Menteri MPBN ini menjadi jaringan penghubung di antara belia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Selain daripada 20 orang ahli lantikan Menteri MPBN, ahli MPBN lain adalah terdiri daripada wakil-wakil organisasi belia peringkat kebangsaan seluruh Malaysia. Ahli MPBN adalah bertanggungjawab untuk menasihati Menteri Belia dan Sukan Malaysia di dalam merencana Agenda Pembangunan Belia Malaysia bagi menyediakan belia untuk meneruskan kesinambungan negara pada masa hadapan.


Friday, November 06, 2009

Farum Cinta Remaja "Memburu Cita, Bertemu Cinta"

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak dengan kerjasama Unit Pengurusan Masjid Universiti (UPMU) UNIMAS telah menganjurkan Forum Cinta Remaja dengan tajuk "Memburu Cita, Bertemu Cinta" di Dewan CTF 1, UNIMAS Kampus Samarahan pada 21 Oktober 2009 (Rabu).

Lebih 200 orang mahasiswa hadir ke forum tersebut malam itu. Maklumbalas semasa sesi soal jawab juga amat memberansangkan dengan soalan-soalan daripada para pendengar.

Ust. Muhammed 'Afif Iskandar, Timbalan Yang Di-Pertua PERKEPIS telah diundang sebagai salah seorang panelis forum tersebut pada malam itu di samping Sdr. Abdul Hafidz Yusuf, mahasiswa Sarjana UNIMAS dan Cik Aminah Ismail, Pegawai Penyelidik BPP-MIS.








Thursday, November 05, 2009

Jom Cemerlang Santubong!

Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dengan kerjasama S.M.K. Santubong telah menganjurkan program motivasi pelajar "Jom Cemerlang!" pada 16 hingga 18 Oktober 2009 yang lepas bertempat di S.M.K. Santubong. Seramai 80 pelajar daripada sekolah tersebut terlibat sebagai peserta telah melalui pelbagai aktiviti menarik. Para peserta dipimpin oleh barisan faslitator muda yang komited dan ceria bagi membantu mereka melalui modul program yang telah disediakan. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah yang telah memberikan kerjasama yan cukup memberansangkan di dalam menjayakan program pada kali ini.














Rumah Terbuka PERKEPIS Sempena Hari Raya Aidilfitri 2009

Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) menganjurkan Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri 2009 pada 26 September 2009 (Sabtu) bertempat di kediaman Yang Di-Pertua PERKEPIS, Sdr. Khairul Anwar Shazali. Kehadiran yang mencecah 70 orang telah memeriahkan suasana majlis yang turut diisi dengan Majlis Zikrullah dan Selawat 'ala Rasulullah s.a.w. Aktivis-aktivis PERKEPIS daripada pelbagai latarbelakang hadir memperkukuhkan ukhuwwah dan kasih sayang di atas ikatan dan tautan hati di jalan perjuangan dakwah ini.











Semurni Kasih Ramadhan

Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS), Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sarawak telah bekerjasama melaksanakan "Semurni Kasih Ramadhan", sebuah projek khas sempena Ramadhan yang lepas. Projek tersebut adalah bertujuan untuk mengumpul sumbangan dalam bentuk pakaian, barang keperluan dan biskut atau kek raya untuk diberikan kepada golongan masyarakat yang memerlukannya untuk sama-sama merasai kemeriahan dan keceriaan Aidilfitri tahun ini.



Kampung Bako, Kuching







Kampung Balai Ringin, Serian







Kampung Skambal Melayu, Lundu







Kampung Telaga Air, Kuching







dan (tiada gambar) di Kampung Baru, Samarahan dan Kampung Siol Kandis, Kuching.

Tuesday, October 27, 2009

Al-Fatihah...



Al-Fatihah... kita sedekahkan buat ahli keluarga mantan amir PERKEPIS UNIMAS, sdr. Ikhram b Husin, yang telah kemalangan jalan raya semalam (Isnin, 26 Oktober 2009). Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya atas mereka dan menempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada beliau, isteri dan keluarga menghadapi ketentuan ini.

Allahu'alam...

Berjasa Kepada Masyarakat