728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, May 30, 2017





    ANUGERAH PERTUBUHAN BELIA NEGERI SARAWAK 2017

    Alhamdulillah. Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Pertubuhan Belia dalam Majlis Anugerah Belia Peringkat Negeri Sarawak 2017.

    PERKEPIS ditubuhkan pada tahun 1997 dan mendapat pendaftaran secara rasmi pada tahun 2005 telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti kepada anak Sarawak.

    Dengan usia 2 dekad, PERKEPIS dengan penuh tekad membantu pelajar, belia & masyarakat di Sarawak dengan proses pendidikan, pemberdayaan, motivasi & kebajikan kepada anak Sarawak.

    Justeru itu, PERKEPIS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dan memberikan jasa bakti dalam menjadikan PERKEPIS sebagai sebuah pertubuhan pelajar/belia sarawak yang aktif.

    Dengan sumbangan semua yang terlibat, PERKEPIS berjaya mendapat Johan dalam Anugerah Belia Peringkat Negeri Sarawak.

    Foto : Yang Di-Pertua PERKEPIS, Sdr Awang Syazuan Shafiq menerima cek anugerah daripada Yg. Bhg. Datuk Abdul Wahab Julai (Datuk Bandaraya Kuching Utara) dan Yg. Bhg. Encik Haris Ishak (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak).

    Terima Kasih kepada semua. Sumbangan kalian amatlah dihargai.

    - BERJASA KEPADA MASYARAKAT-
    Next
    This is the most recent post.
    Older Post
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Rating: 5 Reviewed By: Awang Syazuan
    Scroll to Top