728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, August 03, 2011

    LAPORAN JOM CEMERLANG SPM 2011: MRSM BETONG




    Alhamdulillah, pada 15 hingga 17 Julai 2011 yang lalu, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak dengan anjuran bersama Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah menganjurkan Program Jom Cemerlang SPM 2011. Program tiga hari dua malam itu telah berlangsung dengan jayanya dengan melibatkan peserta-peserta yang terdiridari pada pelajar-pelajar tingkatan lima sekolah tersebut.


    Selain itu, program yang bermula pada Juma’at petang hingga Ahad tengah hari itu yang bertempat di MRSM Betong, Sarawak telah dipimpin oleh seorang ketua fasilitator, yang juga Yang Di-Pertua Perkepis, saudara Hisyamudin Roslan, dibantu oleh saudara Khalid Hafeez Mohd Nazir selakuKetuaDisiplin, beliau merupakan Setiausaha AgungPerkepis sesi ini, serta dibantu oleh 13 orang fasilitator yang merupakan pelajar-pelajar mahupun graduan-graduan universiti tempatan.


    Program JomCemerlang SPM 2011 siri MRSM Betong, Sarawak kali ini menampilkan barisan peserta yang sentiasa ceria dan bersemangat untuk memberikan pendapat masing-masing di kala aktiviti dijalankan samaada di dalam kumpulan mahupun aktiviti di luar kumpulan. Berbekalkan dengan sedikit ilmu serta pengalaman selaku pelajar dan masih belajar, fasilitator-fasilitator berusaha sedaya-upaya untuk mencurahkan pengalaman yang ada dalam mencapai objektif program kali ini antaranya adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi peperiksaan serta memupuk tentang kesedaran dalam kepentingan menuntut ilmu dan pembudayaan ilmu.

    Alhamdulillah, setakat ini, maklum balas yang diterima daripada pihak sekolah dan adik-adik peserta selepas program ini adalah sangat memberangsangkan. Tambahan pula, pihak sekolah bersetuju untuk diadakan program seumpama ini pada tahun akan datang.

    Barisan fasilitator yang telah menjayakan Jom Cemerlang MRSM Betong, Sarawak dari kalangan Muslimin adalah, Azli Ramli, Nasrul Asraf Sapawi, Hiqmal Hadil, Shaffaridzuan Yaakub dan Muhammad Nu’aim Jeman. Manakala dari kalangan Muslimat adalah, Nurul Sebtuyah Othman, Nur Hartini Mardan, Dyg Nur Izzah Munirah Awg Iman, Dyg Zainab Awg Hambali, Hidayatur Afifah Shuib, Siti Nurul Azwanee Sapawi, Nur Arina Ramli danKhadijah Ellie.

    Sekian, wassalam.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: LAPORAN JOM CEMERLANG SPM 2011: MRSM BETONG Rating: 5 Reviewed By: Ummu Fateh
    Scroll to Top