728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday, August 28, 2011

    SEMURNI KASIH RAMADHAN SIRI 4: KAMPUNG SUNGAI LARUH


    Semurni Kasih Ramadhan 4 telah dilanjutkan lagi ke destinasi yang kelima di Kpg. Sg. Laruh pada Selasa, 16 Ramadhan 1432H / 16 Ogos 2011, Selasa yang lepas. Kampung tersebut terletak bersebelahan dengan Taman Hussein / Taman Rahmat, Kuching. Rombongan ziarah terdiri daripada ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS). Sumbangan dihulurkan di Masjid Darul Husni Warrahmah terletak di taman tersebut. Seramai 30 wakil keluarga telah tersenarai menerima bantuan program ini.

    Barangan sumbangan Semurni Kasih Ramadhan 4



    Pendedahan pengalaman yang amat bermakna untuk peserta program: mendekati masyarakat di pelbagai peringkat umur, taraf dan suasana.

    Orang yang bertanggungjawab menyalurkan sumbangan adalah Ustazah Faizah, mantan exco HELWA ABIM Negeri Sarawak.



    Ahli-ahli PERKEPIS turut membantu melicinkan huluran sumbangan



    Ustazah Faizah dibantu oleh Pengerusi HEWI PERKEPIS, sdri. Siti Raufa Sufrina menghulurkan sumbangan


    Antara penerima: sebuah keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang istimewa


    Seorang lagi penerima istimewa, iaitu penghidap sindrom down (lelaki, berbaju melayu merah dan bersongkok)


    Pihak Semurni Kasih Ramadhan 4 dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan rasa terima kasih atas kerjasama padu yang telah diberikan oleh Ustazah Faizah selaku perantara pihak Kampung Laruh. Terima kasih sebanyak-banyaknya kepada aktivis ABIM dan PERKEPIS atas kesudian membantu bersama. Semoga dengan sedikit bantuan yang diberikan dapat meringankan bebanan meraikan Ramadhan dan Hari Lebaran yang mendatang, insya-Allah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: SEMURNI KASIH RAMADHAN SIRI 4: KAMPUNG SUNGAI LARUH Rating: 5 Reviewed By: Ummu Fateh
    Scroll to Top