728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, August 17, 2011

    LAPORAN JANA TAQWA HEWI EDISI RAMADHAN 1432H





    Alhamdulillah, sekali lagi Majlis Hal Ehwal Siswi (HEWI) PERKEPIS dengan jayanya telah mengadakan program Janataqwa Edisi Khas Ramadhan pada 12 hingga 13 Ogos 2011 yang lepas. Dengan kapasiti hanya 12 orang, Alhamdulillah pelbagai perkara telah dipelajari dan dapat diambil ikhtibar. 12 orang peserta yang terdiri daripada pimpinan HEWI sendiri serta orang-orang kuat HEWI cukup membuatkan Janataqwa edisi kali ini benar-benar terkesan di hati semua peserta. Syukur yang tidak terhingga kepada Yang Esa kerana dengan limpah kurnia serta rahmatNya, HEWI dapat berkumpul semula untuk sesi recharge yakni untuk muhasabah diri serta saling beringat antara masing-masing.


    Janatawa kali ini telah diadakan di kediaman seorang HEWI, saudari Izzah Hazwani Ibrahim bertempat di, May Ling Garden, Jalan Sungai Maong Tengah 13, Kuching. Terima kasih kepada saudari Izzah sekeluarga kerana telah membenarkan kami untuk sama-sama berkumpul dan menjalankan aktiviti di kediaman mereka. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas.


    Seperti biasa, program dimulakan dengan sesi taaruf. Walaupun sudahpun mengenali antara satu sama lain. Sesi taaruf sebenarnya merupakan sesi yang paling tidak pernah jemu dilakukan setiap kali program seperti ini diadakan. Setelah itu, masing-masing dibahagikan tugas untuk memasak dan berhidang sebelum sama-sama berbuka puasa.





    Usai solat terawih berjemaah, HEWI bertaddarus beramai-ramai. Sesi ini diketuai oleh Pengerusi HEWI, saudari Siti Raufa Sufrina. Sungguh, bulan ramadhan memang bulan yang penuh dengan kenikmatan yakni kenikmatan beribadah. Subhanallah. Selesai sahaja bertaddarus, slot 1 menyusul. Dengan tajuk 'Ramadhan datang lagi!', saudari Siti Raufa Sufrina memimpin slot ini dengan memberi persoalan kepada kami. 'Apa azam ramadhan anda tahun ini?' Soalan yang cukup padat tetapi mempunyai skop yang meluas. Masing-masing menyatakan azam dengan penuh semangat. Dengan huraian-huraian yang cukup mantap, HEWI sememangnya sudah mempunyai azam yang tersendiri dengan satu tujuan iaitu, untuk mendapat keampunan dari Allah swt.


    Alhamdulillah, sesi yang seterusnya dipimpin oleh saudari Siti Aisyah, iaitu slot Suka-Suki. Kali ini, HEWI belajar untuk membuat 'felt' iaitu satu seni kraftangan yang semakin mendapat perhatian dan mendapat tempat di hati para remaja sekarang terutamanya kaum hawa. InsyaAllah, jika mempunyai bakat dalam bidang ini, bolehlah menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan sampingan. Saudari Kartika menjadikan bidang ini sebagai pendapatan sampingan beliau selain bergelar mahasiswa di Universiti Malaysia Sarawak.




    Keesokkan harinya, selesai bersahur, aktiviti diteruskan lagi dengan taddarus al-Quran. Sesungguhnya al-Quran adalah kitab suci bagi umat Islam dan juga sumber rujukan utama umat Islam seluruh dunia. Usai bertaddarus, aktiviti diteruskan lagi dengan slot 2 dengan tajuk "belajar untuk menerima" dipimpin oleh Timbalan Pengerusi Hewi 1, saudari Siti Adibah. Alhamdulillah, tidak menyangka bahawa slot ini benar-benar memberi kesan dan terkesan di hati- hati kami. MasyaAllah, setiap perkongsian dari HEWI cukup ikhlas dan lahir dari hati yang tulus. Majoriti HEWI jatuh pada slot ini dimana air mata begitu murah untuk mencurah apabila satu demi satu perkongsian dikongsikan bersama. Syukur ke hadrat Ilahi, melalui slot ini, sedikit sebanyak menyedarkan kami akan hakikat belajar untuk menerima sebenarnya bukan perkara yang mudah tetapi harus dilakukan. Masing-masing mendapat pengajaran serta iktibar dari slot ini.


    Alhamdulillah, program berakhir pada jam 10.30 pagi dan kami berharap semoga janataqwa edisi yang seterusnya akan lebih memberi kesan pada diri kami dan insyaAllah segala perkongsian ilmu yang kami peroleh dari program ini, akan kami sampaikan kepada mereka yang tidak berpeluang untuk sama-sama menghadiri janataqwa bersama kami. Wallahualam bissawab.


    Dilaporkan oleh:

    Siti Adibah Zulkepli

    Timbalan Pengerusi 1 HEWI

    PERKEPIS


    Pautan lain: JANATAQWA EDISI RAMADHAN di blog saudari Nurul Sebtuyah Othman

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: LAPORAN JANA TAQWA HEWI EDISI RAMADHAN 1432H Rating: 5 Reviewed By: Ummu Fateh
    Scroll to Top