728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday, August 28, 2011

    SEMURNI KASIH RAMADHAN SIRI 4: KAMPUNG TABUAN HILIR


    Destinasi keenam Semurni Kasih Ramadhan 4 bersambung lagi pada 17 Ramadhan 1432H / 17 Ogos 2011, Khamis di Kpg. Tabuan Hilir, Kuching. Penerima adalah 55 orang di kalangan sembilan buah keluarga mangsa kebakaran di kampung tersebut yang berlaku pada 27 Julai 2011 yang lepas. Kebakaran tersebut melibatkan enam buah rumah rentung dan dua buah rentung sebahagian. Semurni Kasih Ramadhan 4 kali ini merupakan ziarah kali kedua ABIM di lokasi ini.

    ABIM Negeri Sarawak, Unit Dakwah Taski ABIM Kuching-Samarahan dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah berganding bahu menjayakan program ini.


    Ahli-ahli PERKEPIS yang turut membantu



    Sumbangan yang diberikan adalah sekampit beras dan satu set barangan dapur dan pakaian serta pinggan mangkuk.


    Turut hadir ialah En. Sulong bin Jemat, Penyelaras merangkap Ketua Ranting Pemuda PBB Tabuan dan En. Sabu, Ketua Jawatankuasa Bencana Alam Kpg. Tabuan.



    En. Safiee bin Hanapi, Bendahari ABIM Negeri Sarawak menghulurkan sumbangan


    Berikut adalah senarai mangsa kebakaran. Antara mangsa adalah bayi yang berumur kira-kira sebulan
    .


    ABIM Negeri Sarawak ingin mengucapkan sekalung budi penghargaan kepada En. Sulong bin Jemat, Penyelaras merangkap Ketua Ranting Pemuda PBB Tabuan dan En. Sabu, Ketua Jawatankuasa Bencana Alam Kpg. Tabuan, masyarakat kampung Kpg. Tabuan Hilir dan ahli PERKEPIS atas kerjasama mantap yang telah diberikan. Inilah huluran yang termampu meringankan beban penderitaan yang dihadapi. Semoga tabah menghadapi dugaan yang melanda. Mudah-mudahan dengan mengambil iktibar peristiwa yang berlaku akan mendekatkan diri kita kepada Allah, Tuhan Rabbul Jalil, Amiin.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: SEMURNI KASIH RAMADHAN SIRI 4: KAMPUNG TABUAN HILIR Rating: 5 Reviewed By: Ummu Fateh
    Scroll to Top