728x90 AdSpace

  • Latest News

      Wednesday, January 15, 2014

      Kenyataan Media Berhubung Keselamatan Di UNIMAS


      KENYATAAN MEDIA

      15 JANUARI 2014
      PERKEPIS BERHARAP USAHA BERSEPADU TINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN DI UNIMAS

      Merujuk kenyataan akhbar Utusan Malaysia yang bertajuk “Pelajar Unimas ditemui mati terapung dalam parit” bertarikh 15 Januari 2014, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) melihat secara dekat kejadian yang berlaku itu.

      Bagi PERKEPIS yang banyak terlibat dengan program-program kebajikan pelajar Islam di Sarawak, kami sangat prihatin dengan kes-kes yang melibatkan keselamatan pelajar di mana-mana termasuk di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

      PERKEPIS berharap usaha bersepadu meningkatkan tahap keselamatan di UNIMAS memerlukan pendekatan yang lebih bersifat kolektif daripada semua pihak. Kita juga berharap semua pihak bertenang serta tidak membuat pelbagai spekulasi terutamaya di dalam laman sosial sehinggalah hasil laporan dikeluarkan oleh pihak polis memandangkan kes ini masih diperingkat siasatan.

      PERKEPIS yang ditubuhkan dengan matlamat menjaga kebajikan pelajar Islam di Sarawak tetap komited dengan usaha dialog dan kerjasama dalam membincangkan mekanisma meningkatkan keselamatan pelajar-pelajar di bumi kenyalang ini,

      Selain itu, PERKEPIS juga menyokong usaha pihak UNIMAS untuk mewujukan persekitaran kampus yang aman dan selamat. PERKEPIS dengan ini merakamkan takziah buat keluarga Allahyarhamah Siti Najwa Atikah Azhar, 19, atas kehilangan ahli keluarga tercinta ini. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

      Justeru, PERKEPIS menyeru agar semua pihak berganding bahu bersama-sama dalam usaha meningkatkan keselamatan pelajar dimana-mana sekalipun. Sesungguhnya, PERKEPIS bersedia membantu semua pihak dalam memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terpelihara. Tambahan, hala tuju dan masa depan negara adalah terletak di atas bahu generasi muda hari ini.

      “Berjasa Kepada Masyarakat”

      Muhammad Afiq Asyraf Bin Soepirman
      Yang Di-Pertua
      Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)

      016-8887949
      afiqasyraf89@gmail.com

      Sekretariat PERKEPIS
      No. 1193, Tingkat 1, Jalan Menggris, Taman Sri Wangi, 93050 Kuching,
      SARAWAK.
      Telefon: 082-442167
      Faks: 082-442167
      • Blogger Comments
      • Facebook Comments

      1 comments:

      Mohd Safarudin bin Jhinku said... 10:11 AM, January 16, 2014

      mantap Afiq!!!...logo perkepis ya kabur,hehe

      Item Reviewed: Kenyataan Media Berhubung Keselamatan Di UNIMAS Rating: 5 Reviewed By: Admin