728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, January 17, 2006

    Khemah Ibadah Anak Pintar (KHIAP)

    Generasi muda hari ini merupakan sandaran utama negara pada 10-20 tahun mendatang. Kepada mereka inilah tamadun negara yang dibina setelah lebih 48 tahun merdeka akan diserahkan. Dalam menyambut tanggungjawab besar ini, generasi muda perlukan keseimbangan di antara keperluan material dan spiritual. Maka adalah amat perlu untuk generasi muda hari ini diberikan didikan dan bimbingan awal dalam menerusi jalan kehidupan yang bakal mereka tempuhi.
    Oleh itu, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) akan menganjurkan Khemah Ibadah Anak Pintar (KHIAP) pada 27 - 29 Januari 2006. Penyertaan adalah dibuka kepada pelajar-pelajar yang berumur 10 -12 tahun.
    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
    Sdri. Nuraniza Sulaiman
    013-8959512
    Bersama kita bina generasi muda yang gemilang sakhsiah dan akademik demi masa depan agama dan negara yang cerah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Khemah Ibadah Anak Pintar (KHIAP) Rating: 5 Reviewed By: PERKEPIS
    Scroll to Top