728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday, August 31, 2008

    Kedudukan Bulan Ramadhan


    Ketahuilah, wahai saudara-saudaraku kaum Muslimin, semoga Allah melapangkan jalan yang mudah bagi diri kita dan menjauhkan kita dari jalan yang sukar, serta memberikan ampunan kepada kita di dunia dan akhirat; bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang tinggi darjatnya dan besarnya martabat di sisi Allah dan RasulNya. Pada bulan ini Allah memfardhukan puasa atas kaum Muslimin, dan dicatit sebagai kewajiban yang tidak boleh ditinggalkan. Firman Allah:

    “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (al-Baqarah, 2: 183)

    Pada bulan Ramadhan pula Allah menurunkan kitab suciNya (al-Quran), dan dipilih di antara malam-malamnya suatu malam yang disebut Lailatul Qadr, di mana ia lebih utama daripada seribu bulan, atau lebih daripada 83 tahun.

    Maka renu ngkanlah kadar ini, dan sematkan di dalam fikiran anda, malam apakah itu yang dipandang oleh Allah, lebih baik dan lebih utama daripada masa yang begitu panjang sekali. Firman Allah:

    “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)” (al-Baqarah, 2:185)

    Dan firman Allah ini kita tahu bahawa al-Quran itu telah diturunkan pada bulan Ramadhan, kemudian ia diturunkan sekali lagi pada malam Lailatul Qadar sebagai tanda keistimewaannya.

    Al-Quran diturunkan dari Lauh Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah di langit dunia. Ia diturunkan sekali gus dari Lauh Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah, sesudah itu diturunkan pula oleh Jibril alaihissalam kepada Rasulullah sallallahu alaihiwasallam dengan perintah Allah satu persatu dalam jangka masa 23 tahun...

    Bersambung, insya-Allah...

    Dipetik daripada:

    Habib Abdullah Alawi al-Haddad, (2007). Ringkasan nasihat agama & wasiat imam. Halaqah Resources: Bogor.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Kedudukan Bulan Ramadhan Rating: 5 Reviewed By: Azrul bin Jaini
    Scroll to Top