Perbanyakkanlah amal ibadah dan perbuatan baik di bulan Ramadhan sejauh kemampuan anda disebabkan kelebihan bulan ini, dan kerana semua ganjaran Tuhan pada bulan ini dilipatgandakan, di samping pahalanya yang banyak dan mudahnya seseorang melakukan yang baik.
Mengenai ganjaran yang berlipat ganda, terdapat satu riwayat yang mengatakan bahawa solat sunat pada bulan Ramadhan pahalanya seperti pahala solat fardhu. Sedangka pahala solat sunat farhu dilipatgandakan seperti pahala tujuh puluh solat fardu pada selain bulan Ramadhan (Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi dan Ibnu Hibban).
Sebagaimana seorang mukmin itu harus memperbanyak amal ibadah pada bulan Ramadhan dan berlumba-lumba untuk mengerjakannya, demikian pula hendaknya ia berwaspada daripada melakukan dosa dan maksiat. Hendaklah ia menghindarkan diri sejauh kemampuannya, daripada perkara-perkara yang dilarang oleh agama, kerana bahawasanya melakukan maksiat pada waktu-waktu yang dimuliakan oleh Allah itu dosanya amat besar dan berlipat ganda, sebagaimana berlipat ganda pahala amal ibadah dan kebajikan pada waktu-waktu yang mulia tersebut.
Petikan daripada: Ringkasan Nasihat Agama dan Iman, karangan seorang ulama bernama Habib Abdullah Alawi al-Haddad
0 comments:
Post a Comment