728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, April 29, 2010

    Ulang Tahun ke-62...


    Andai aku pada saat ini umurku sudah menjengah 62 tahun. Aku berharap masih bertenaga melafaz syukur kepada Tuhan. Dia telah memberikan aku ruang dan peluang untuk terus bernafas dan mengabdi diri kepada-Nya.

    Namun, andai ada sebuah bangsa yang umurnya 62 tahun. Ia mungkin menarik lafaz rasa lega. Setelah menempuh mehnah dan tribulasi, ia berdiri tegar di persada dunia. Ia masih bernafas. Ia masih lagi bernyawa. Ia masih lagi berpenghuni. Ia masih mengecap nikmat dengan memeras keringat orang lain. Ia bergembira akan nestapa penderitaan mangsanya.



    Ia mengenai sesebuah bangsa. Sebuah bangsa yang pernah dipilih Tuhan. Namun kerana sehingga saat ini tidak sedarkan diri, angkuh, terlebih bijak, terlebih degil, akhirnya mereka menerima kutukan daripada yang menghinakan. Kita berlindung daripada bersifat demikain.

    Berdirinya setelah nazak ditusuk, ditikam bertubi-tubi, dihenyak-henyak dan dipijak-pijak orang yang dianggapnya musuh, sehinggakan lemah tidak bermaya lagi. ‘Musuh’ yang dianggapnya besar, hebat dan perkasa pada suatu masa dahulu, telah ia racun hatinya, perdayakan akalnya dan luluhkan peribadinya. Disuapnya dolar dan didodoi sehinggalah lena. Mereka lupa tugas mereka. Mereka lupa kekuatan mereka. Mereka telah tinggalkan perisai taqwa mereka. Dan, bangsa ini setakat ini berjaya.



    Ya, berjaya buat masa ini. Pepatah masyhur mereka dengan bongkak mengatakan, "Jikalau langit ini mampu kami bengkok, maka kami akan ajarkan kepada anak-anak kami!"

    Namun cita-cita mereka memadamkan sinar Nur mentari jauh panggang dari api. Mereka ingin memadamkan cahaya yang gemilang itu, tetapi mereka mengabui subjeknya dengan menyuruh menutup mata. Dan orang itu pun menutup mata. Akhirnya, orang yang terpedaya itu lambat laun akan tersedar jua, yang cahaya itu tetap gemilang, menembusi matanya. Persoalannya, bilakah mata itu akan dibuka, setelah sedar bahawa matanya sengaja dibutakan dengan kepalsuan?



    Saudaraku, aku ingin berpesan kepada diriku dan anda semua. Saat pada hari ini aku lupa, syukur ada yang mengingatkan. Hari 15 Mei 2010 yang bakal menjelang merupakan Hari Nakba (Malapetaka) dan ironinya Hari Kemerdekaan buat dua bangsa.

    Genap pada hari inilah, hari ulangtahun ke-61 peristiwa gelap bagi umat ini, umat dirundung nestapa mereka telah terusir dari tanah air mereka. Tanah yang penuh barakah. Tanah yang disinggahi para anbiya. Tanah yang menjadi saksi akan Kebesaran dan Keagungan Tuhan. Tanah suci Baitul Maqdis dan sekitarnya.



    Genap pada hari inilah, ulangtahun ke-61 ‘negara’ Israel. Sebuah ‘negara’ yang diasaskan dengan air mata dan darah manusia tertindas. Dan dihuni oleh manusia-manusia yang kononnya bangsa pilihan Tuhan. Genap pada hari ini, David Ben Gurion, presiden pertama ‘negara’ Israel, telah mengisytiharkan ‘kemerdekaan’ buat negara Israel setelah Mandat British keluar dari Palestina.

    Umat ini pernah bangkit. Namun bangkit atas kesatuan yang rapuh. Disangka sekutu, rupanya seteru. Masalah Palestina adalah petualang orang Arab, bukannya penyelesaian yang harus difikirkan sejagat. Akhirnya Marxisme, sosialisme dan nasionalisme digenggam, tetapi Islam dibuang. Empat kali negara-negara Arab telah dimalukan dengan kekalahan demi kekalahan pada 1948, 1956, 1967 dan 1973. Disangka dipukul gendang perang, tetapi maruah tergadai. Akhirnya, tidak ada kesudahan yang konkrit mengenai konflik ini. Walhal, mereka boleh sahaja Tel Aviv dilenyapkan daripada peta dunia. Tetapi mereka gagal. Dan umat ini masih terbelenggu memikirkan.



    Kita telah diberi peringatan sepanjang zaman. Peringatan yang akan menjadikan kita sebaik-baik umat. Umat yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kerosakan. Kerana mereka beriman kepada Allah, Tuhan sarwa alam. Andai kita berpegang kepada dua perkara, kita tidak akan menyimpang selama-lamanya, selagi berpegang kepada Quran dan Sunah Rasulillah sallallahu alaihi wasallam.

    Kita juga diberi peringatan, andai kita dibelenggu rantaian wahan; penyakit cintakan dunia dan takut mati, maka jadilah kita umpama buih-buih yang melayang di lautan....

    Mana satu adalah kita?

    Ingatilah Ulang Tahun ke-62 peristiwa Nakba.... 15 Mei 1948... Ayuh kita gembleng tenaga dan susun barisan, agar kita termasuk dari kalangan yang peduli akan saudara-saudara kita!

    Wallahu'alam....


    Berjasa Kepada Masyarakat
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Ulang Tahun ke-62... Rating: 5 Reviewed By: PERKEPIS
    Scroll to Top