728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday, May 30, 2010

    Pesta Layang-Layang PJE 2010


    “Layang-layang itu…kita mengharapkan ia terbang tinggi. Maka kita berusaha bersungguh-sungguh menyiapkannya dengan penuh cermat. Kita hias cantik-cantik, kita ikat benang tangsi yang lebih kuat sebagai elemen untuk menerbangkannya. Kemudian, kita ajak seorang sahabat memegangnya dan kita pula memegang segulung tali.

    Kedua-duanya bersedia menaikkannya. 1 2 3! Lepas! Melompatlah si kawan melepaskan tangannya ke langit. Kita pula bersedia menarik2 talinya agar ia naik. Namun...ia rebah menyembah tanah. Dan sekali lagi kita mengulangi tindakan yang sama. Masih juga ia jatuh tak naik2. Dan berulang2 kita berusaha lagi…hasilnya tetap sama. Sebaliknya, kita dan sahabat kita itu ketawa kerana ia tidak naik. Akhirnya kita kembali membaikpulih mana yang tak kena.” ~Siti Raufa Sufrina, blog Rindok Ati~

    Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Pesta Layang-layang PJE-PERKEPIS telah dianjurkan dengan jayanya pada 16 Mei 2010 yang lepas. Program tersebut telah diadakan di pantai Pasir Panjang, Kuching. Seramai kira-kira 40 orang telah terlibat dalam program ini. PJE ataupun dikenali sebagai Projek Jambatan Emas merupakan rangkaian kepada PERKEPIS dan juga dikenali sebuah kelab indie untuk remaja untuk merapatkan ukhuwah.


    Peserta telah dikumpul diberi peluang untuk untuk membuat layang-layang bersama-sama dan diuji diterbangkan ke langit biru. Melalui Pesta Layang-layang ini, para peserta dan urusetia dapat beramah mesra dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.










    Semoga melalui program ini dapat mempertaut ukhuwah sesama ahli PJE-PERKEPIS seluruhnya. Sesungguhnya hal ukhuwah yang terbina menjadi kekuatan pada masa-masa akan datang, dalam perjalanan yang jauh lagi panjang berjasa kepada masyarakat... Amiin...


    Ikuti lanjut kisah Pesta Layang-layang PJE-PERKEPIS di blog Siti Raufa Sufrina di blog Rindok Ati.

    Berjasa Kepada Masyarakat
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Pesta Layang-Layang PJE 2010 Rating: 5 Reviewed By: Azrul bin Jaini
    Scroll to Top