728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, October 27, 2010

    Ziarah Siratulrahim PKPIM Pusat


    Tanggal 15 sehingga 17 Oktober 2010 yang lalu, rombongan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPIM) Pusat telah mengadakan ziarah siratulrahim ke bumi Sarawak. Ziarah selama 3 hari 2 malam di Kuching bertujuan untuk mempererat siratulrahim, membugar kesefahaman dan saling berkongsi aspirasi dan perjuangan gerakan pelajar. Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) sebagai salah sebuah persatuan berdaftar yang bernaung bawah PKPIM merasa berbesar hati kunjungan tersebut.

    Mereka yang bertandang ialah di kalangan pimpinan kanan PKPIM, iaitu sdr. Abu Qassim bin Nor Azmi, Setiausaha Agung; sdri. Nur Nur Syafafwati binti Mohd Saimi, Bendahari dan sdri. Syarifah Sumayyah, Naib Pengerusi Hal Ehwal Siswi (HEWI). Pelbagai program pertemuan dan dialog telah disusun ketika keberadaan mereka. Rombongan telah disambut di kediaman Yang Di-Pertua PERKEPIS, sdr. Khairul Anwar bin Shazali.

    Ziarah Hari Kedua, 16 Oktober 2010

    Pertemuan bersama Ustaz Suhardi bin Edward di kediaman beliau. Beliau merupakan pengasas kepada Akademi Bestari Muda, badan kederisasi (pembina ahli) PERKEPIS. Beliau juga merupakan mantan Yang Di-Pertua ABIM Negeri Sarawak dan kini merupakan pengurus syarikat beliau, Hori Hakimi Enterprise.

    Pertemuan bersama barisan pimpinan dan ahli-ahli PERKEPIS di sekretariat PERKEPIS di Gita. Sdr. Abu Qassim telah memberi pengisian bersama-sama yang hadir dalam majlis tersebut.


    Rombongan telah dibawa ke Radio Konti RTM untuk mengisi slot ‘Apa Kata Orang Muda’ dalam siaran RTM-YADIM pada sebelah petangnya. Rombongan ditemukan dengan mantan Yang Di-Pertua PERKEPIS sesi 2007/2008, iaitu sdr. Abu Zar.

    Pertemuan bersama Ustaz Hasfa Bakhry bin Hassan, kini merupakan Yang Di-Pertua ABIM Negeri Sarawak merangkap pegawai Ketua Pembangunan Sakhsiah di Pusat Latihan Sarawak, JAKIM. Beliau pernah ditaklifkan sebagai Timbalan Yang Di-Pertua PERKEPIS pada sesi 2006-2008.

    Ziarah Hari Ketiga, 17 Oktober 2010

    Kunjungan pada hari ketiga, rombongan PKPIM-PERKEPIS ialah di kediaman Ustaz Zamri Mohamad, mantan Yang Di-Pertua ABIM Negeri Sarawak.

    Kunjungan terakhir rombongan ialah pertemuan dengan mantan exco PKPIM Pusat dan Timbalan Yang Di-Pertua PERKEPIS, sdr. Muhammed ‘Afif bin Iskandar dan isteri beliau, Nuraniza bt. Sulaiman, Bendahari PERKEPIS sesi 2010-2011. Mereka baru sahaja dikurniakan seorang putera yang comel, bernama Ahmed Ato’illah bin Muhammed ‘Afif.


    Tahniah buat mereka berdua kerana telah diberikan anugerah tidak terhingga. Moga putera mereka kelak menjadi seorang yang berjasa kepada kedua ibu bapanya dan pejuang kepada agama-Nya, ameen.

    Semoga ziarah tersebut membawa makna yang mendalam dan membuahkan persefahaman yang lebih padu. Dialong yang diadakan diharapkan dapat memberi penjelasan yang menyeluruh mengenai tabiat senario dakwah di bumi Sarawak. Hal ini perlu diambil kira dengan serius, kerana kerangka dakwah di Sarawak yang amat unik dari segi pola masyarakat, suasana politik dan pemikiran. Oleh yang demikian, pemahaman yang mencukupi amat perlu dalam mendepani cabaran semasa.

    Gerakan pelajar masa kini memerlukan momentum persefahaman yang harmonis dalam menggembleng tenaga bersama. Ini kerana dakwah pelajar, remaja dan mahasiswa merupakan tempoh yang unik. Pada masa inilah dibentuk kekuatan pemikiran, kerohanian, semangat kesukarelawanan dan dibugar cita-cita tinggi yang akan bertindak bersama-sama dalam mengajak manusia kepada Allah, Tuhan yang Satu.

    PERKEPIS mengucapkan berbanyak-banyak atas kesudian berkunjung ke Bumi Sarawak. Kami menadah memohon maaf atas segala kekurangan ataupun tersilap kata sepanjang kalian berada di sini. Semoga keberadaan kalian menjadi bekalan semangat kepada sahabat-sahabat di seluruh tenaga, dan menjadi pemacu dakwah di bumi Sarawak ini. Semoga pertemuan dan perpisahan kita diredhai-Nya. Amiin.

    Hidup Biar Berjasa

    Berjasa Kepada Masyarakat
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Ziarah Siratulrahim PKPIM Pusat Rating: 5 Reviewed By: Azrul bin Jaini
    Scroll to Top