728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday, February 20, 2011

    Assalamu'alayka, ya Rasulullah!

    Ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak cawangan Semenanjung Malaysia (PERKEPISMA) meraikan Hari Mawlidurrasul di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Sedikit bingkisan dari lawan HIKAYAT BUNGA...

    Sambutan Kemuncak Maulidul Rasul Yayasan Sofa Peringkat Nasional 1432H bersama Al-Musnid Tuan Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Rabi'ul Awwal 1432H


    Alhamdulillah, setinggi2 kepujian padaMu ya Rab! Diizinkan, dilancarkan dan dipermudahkan jasad dan jiwa ini meraikan hari kelahiran KekasihMu, Nabi Muhammad s.a.w. Tidak kata2 mampu saya terjemahkan untuk menceritakan getar hati2 kami yang berhimpun pada malam itu.

    Sungguh! Mencintai Baginda Rasulullah s.a.w bukan sekadar menyanyi lagu-lagu nasyid. Mencintai Baginda Rasulullah s.a.w bukan sekadar membaca dan membeli buku2 sirah. Mencintai Baginda Rasulullah s.aw bukan sekadar mengalunkan qasidah dengan penuh semangat. Mencintainya bukan setakat konsisten mengikuti tamrin2 dan jemaah2 Islam.

    Ternyata mencintai, mengasihi dan merindui Baginda Rasulullah s.a.w memerlukan ilmu. Ternyata benarlah "tak kenal maka tak cinta". Cinta itu lahir apabila mengenali. Dan mahu kenal Baginda s.a.w haruslah memiliki ilmu. Dan ilmu itu disampaikan oleh para ulama'kerana belajar dari ulama' lah hati basah dnengan hadith2 Baginda s.a.w seolah2 Baginda ada di depan mata berbicara pada kita. Dan ternyata, berkat mencintai ulama' lah lahir bersamanya rasa cinta buat Rasulullah s.a.w.


    Pengalaman mengajak masyarakat sekitar untuk meraikan mawlid Nabi s.a.w mengajar saya mengenali hakikat kecintaan masyarakat kita pada Rasulullah s.a.w. Hanya yang mampu saya simpulkan ialah seandainya CUTI MAULIDURRASUL tiada dalam kalender kita, pasti sangat2 sedikit yang mengingati Baginda s.a.w. Saya amat dukacita pada hari itu. Namun, siapalah saya. Bukan pemegang hati manusia. Dan, mengingatkan kesedihan ini terimbas kesakitan2 Baginda s.a.w sepanjang hayatnya. Dan, hanyalah ALLAH yang berhak memilih hati2 itu.

    Bergetar hati merindui Nabi s.a.w malah saya rasakan yang semua yang hadir pasti merasai yang sama. Ada yang menitis air mata cinta...Allahu! Kau perlihatkanlah perhimpunan cinta ini pada Rasulullah s.a.w. Semoga Baginda bergembira dengan sebahagian ummatnya ini.



    Hampir 2000 perindu2 dan pencinta2 Rasulullah s.a.w berhimpun malam itu. Sudah dialih sebahagian kerusi, dewan masih juga tidak muat menampung hadirin. Terpana saya apabila para pencinta ikhwan disuruh duduk di atas pentas mengelilingi Sheikh Fuad! Allahu...beruntungnya para ikhwan. Cemburu...namun mudah2an barokahnya melimpah ruah buat kami para akhowat. =)

    Begitulah kisah saya di Hari Kegembiraan yang saya dukacitakan pada mulanya ternyata benar2 hari yang patut digembirakan. "Ayah dan ibuku sebagai tebusanmu, ya Rasulullah" tema yang menyebabkan saya tidak risau pasal beg saya itu. Perjalanan yang menenangkan sepanjang hidup ini. Semoga ia mekar dengan pembudayaan amalan sunnah dalam kehidupan saya. Inilah mujahadah!

    Assalamu'alayka, ya Rasulullah!
    ^__^
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Assalamu'alayka, ya Rasulullah! Rating: 5 Reviewed By: Ummu Fateh
    Scroll to Top