728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday, July 30, 2011

    LAPORAN PROGRAM "MUSLIMAH TREASURE HEART"

    Pada 16-18 Julai 2011, Majlis Hal Ehwal Siswi (HEWI) Perkepis telah dijemput untuk mengadakan program “Muslimah Tresure Heart 2011” dengan kerjasama Lujnah Dakwah & Tarbiyyah, Majlis Perwakilan Mahasiswa di Institut Kemahiran Malaysia Sarawak (IKMAS).


    Seramai 115 orang mahasiswi IKMAS, 8 orang urusetia IKMAS, 10 orang fasilitator HEWI Perkepis dan 6 orang urusetia HEWI Perkepis telah terlibat dalam penganjuran program ini. Program yang dijalankan 3 hari 2 malam ini berfokuskan pengisian berbentuk kepimpinan, kerohanian, pengurusan diri dan kemahiran hidup.

    Pada hari pertama, pengisian modul LDK dan LLK menekankan konsep ta’aruf dan perkenalan. Jumlah kumpulan ialah 9 kumpulan. Modul yang diketengahkan agak memberi impak kepada para peserta yang terdiri daripada berlainan semester dalam satu iaitu dari semester 1 hingga semester 5. Pelajar junior dan senior yang sebelumnya kurang berukhwah mengaku dengan aktiviti yang dijalankan, mereka telah memecahkan benteng yang menjarakkan mereka selama ini.


    Pada hari kedua, modul yang digunakan ialah tentang adab, kepimpinan dan pengurusan. Para peserta dilihat sangat berkebolehan dalam kemahiran pengucapan umum dan modul yang diberikan ini memberi ruang kepada mereka berfikir secara kritis tentang isu-isu kewanitaan.

    Dan pada hari ketiga, para peserta diberi peluang mengutarakan resolusi dan respon kepada program yang julung-julung kali diadakan di IKMAS. Majlis Perasmian Penutupan program telah disempurnakan oleh Ustaz Hasfa Bakry bin Hassan, Ketua Bahagian Akademik dan Peperiksaan IKMAS.

    Antara penceramah yang dijemput untuk program tersebut ialah Ustaz Hj. Azmi Hj. Sha’ari dengan tajuk ceramah “Kita Hamba, Kita Khalifah” dan Ustaz Khairul Anwar Shazali dengan tajuk ceramahnya “Realiti Kampus dan Cabaran Mahasiswi Masa Kini”.


    Diharapkan program kerjasama antara IKMAS dan PERKEPIS dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dengan pengisian yang lebih baik.


    "BERJASA KEPADA MASYARAKAT"

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: LAPORAN PROGRAM "MUSLIMAH TREASURE HEART" Rating: 5 Reviewed By: Ummu Fateh
    Scroll to Top