728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday, February 23, 2014

    Program Inspirasi Ammar: Nahdah Jiwa Anak Muda





      Alhamdulillah, Program Ammar: Nahdah Jiwa Anak Muda yang dianjurkan oleh PERKEPIS dan ABIM Sarawak telah dijalankan dengan jayanya, disertai oleh ratusan hadirin yang membanjiri Islamic Information Centre, Kuching sepanjang dua sesi program tersebut. 

         Program ini diadakan dengan tujuan memberikan inspirasi kepada anak muda dan ibu bapa di sekitar Kuching untuk melahirkan



          Sesi pertama yang dikhaskan untuk para pelajar sekolah sekitar Kuching menyaksikan seramai lebih seratus orang pelajar mengikuti dan mendengar pengisian daripada ayahanda dan bonda Allahyarham Saudara Ammar Bin Ahmad Azam. Program pada sesi pertama dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua PERKEPIS Saudara Afiq Asyraf bin Soepirman. Sesi santai ini memudahkan pelajar untuk mendengar pengisian Tuan Haji Ahmad Azam dan Puan Nur Azlina. soalan yang dilontarkan oleh pendengar amatlah bermanfaat untuk semua. Teringat akan soalan seorang peserta mengenai Allahyarham Ammar masuk ke Maktab Tentera Diraja. Jawapan yang diungkapkan oleh Puan Nur Azlina amatlah menyayat hati apabila beliau menyatakan bahawa Allahyarham Ammar tidak pernah mengatakan tidak kepada ibunya sehingga sebelum masuk ke Maktab Tentera Diraja.


         Sesi malamnya pula bermula pada pukul 7, namun penonton tiba pada 6.30 petang menunjukkan semangat berkobar-kobar mereka untuk mendengar pengisian Tuan Haji Azam dan Puan Nur Azlina. Program bermula seperti sesi pagi tetapi lebih formal dan dipengerusikan oleh Saudara Razak bin Bahterem. Antara pengisian nya adalah 7 Formula Melahirkan Sultan Al-Fateh.


          Kesimpulannya, Program Ammar ini mampu menarik penduduk sekitar Kuching untuk menghayati perjuangan Allahyarham Ammar. Semoga program ini mampu memberi nafas baru kepada pejuang-pejuang Islam di seluruh negeri Sarawak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    Anonymous said... 3:53 PM, February 24, 2014

    Tahniah

    Item Reviewed: Program Inspirasi Ammar: Nahdah Jiwa Anak Muda Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top