728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, March 20, 2014

    PERKEPIS Ucap Tahniah Kepada Semua Calon SPM & STPM Sarawak 2014

    Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM dan STPM 2013 bagi negeri Sarawak yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sesungguhnya pihak PERKEPIS berasa sungguh bangga dengan kejayaan yang ditunjukkan oleh semua calon secara keseluruhannya.

    Berdasarkan analisa keputusan STPM 2013 yang diumumkan semalam menyaksikan 32 orang atau 0.52 peratus daripada 5,888 calon sekolah di Sarawak yang mendapat sijil STPM lulus penuh dalam lima mata pelajaran (5P). Bagi calon SPM 2013, seramai 41 calon SPM di Sarawak berjaya meraih pencapaian semua A+ dalam semua mata pelajaran.

    Dalam kegirangan meraikan keputusan usah dilupa dengan jasa pendidik, ibu bapa dan keluarga disebalik kejayaan tersebut. Kejayaan yang dicapai oleh semua calon merupakan salah satu kejayaan warga pendidik. Oleh itu, pengiktirafan kejayaan ini juga diberikan kepada semua guru-guru yang telah berjaya mendidik semua calon untuk berjaya dalam peperiksaan tersebut.

    Dalam sistem pendidikan di negara kita, STPM dan SPM merupakan jambatan menuju ke alam pendidikan tinggi. Justeru, amat penting untuk semua bakal mahasiswa ini membuat persediaan sebelum menuju ke alam universiti kelak. Kehidupan di alam universiti merupakan kehidupan yang memaknai pembudayaan ilmu sebelum menyumbang kembali kepada masyarakat kelak. Persediaan yang rapi bersifat fizikal, emosi, jasmani, dan rohani sangat penting untuk bakal mahasiswa di peringkat ini.

    Bagi pelajar mendapat keputusan kurang memberansangkan, janganlah berputus asa, kami percaya jika disuntik semangat dan disokong usaha kental membimbing mereka, InsyaAllah kejayaan diburu akan menjadi kenyataan.

    “BERJASA KEPADA MASYARAKAT”
    MUHD AFIQ ASYRAF BIN SOEPIRMAN 
    Yang Di-Pertua Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: PERKEPIS Ucap Tahniah Kepada Semua Calon SPM & STPM Sarawak 2014 Rating: 5 Reviewed By: Admin
    Scroll to Top