728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, June 16, 2014

    Polemik Negara Islam & Negara Sekular

    Oleh: Mohamad Safwandi Bin Suaidi

    Perdebatan diantara negara sekular dan negara Islam kini kembali hangat di Malaysia setelah polemik negara Islam telah ditimbulkan oleh PAS pada tahun 2001; sehingga memecahkan lagi Gabungan Barisan Alternatif.

    Label negara Islam dan negara sekular adalah hanya sekadar label dan nama semata-mata. Yang penting ialah nilai di dalam negara tersebut. Label negara Islam tidak pernah di wujud di dalam Al-Quran dan tiada sebarang nas menyuruh mendirikan sebuah negara bersifat teologi.

    Perkataan negara Islam ini wujud oleh gerakan Islam selepas kejatuhan empayyar Uthmaniyyah di Turki pada pertengahan kurun ke 20 yang lalu. Gerakan ini ingin mewujudkan sebuah negara teologi yang berkonsepkan Islam.

    Tetapi bagaimana jika negara Islam itu sendiri tidak bersifat Islamik? mendirikan sebuah negara Islam tetapi pemimpinnya rasuah dan salah guna kuasa. Bukankah itu mendatangkan fitnah terhadap agama? Kemudian berkuasa diatas nama agama. Bukankah itu mempergunakan agama?

    Mengamalkan nilai Islamik di dalam sesebuah pemerintahan itu lebih penting daripada mendirikan sebuah negara teologi Islam tetapi tidak mengamalkan nilai Islamik itu sendiri.

    Nabi Muhammad SAW setelah selesai hijrah dari Makkahh, mendirikan sebuah negara dinamakan Yathrib; di dalamnya ada satu perlembagaan yang dikenali Piagam Madinah. Piagam ini punyai 47 fasal. 23 fasal menceritakan mengenai hubungan Yahudi-Islam. Wujud fasal mengenai hak agama lain menjalani & menganut agama mereka masing-masing.

    Islam dari mula lagi telah memberikan keadilan kepada agama lain untuk mereka mengamalkan ajaran mengikut kepercayaan mereka sendiri. Tiada sekatan dan pencabulan yang dilakukan oleh Islam pada ketika itu. Tetapi di mana nilai Islamik ini pada hari ini?

    Di Malaysia, hak agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka disekat; kita suci mereka diharamkan. Ironinya, risalah dan buku memburukkan agama mereka pula dihalalkan. Adakah ini nilai yang diajar kepada kita? Ini bukan nilai islamik.

    Di Syria, umat Islam sendiri di bom, dibunuh dan disembelih. Pernahkah berlaku pada kurun-kurun pemerintahan khalifah Islam yang lalu? Adakah ianya merupakan nilai Islamik? Jawapannya, tidak pernah berlaku dan ianya bukannya nilai Islamik walaupun ianya dilakukan di negara yang menggunakan label Islam.

    Di Arab Saudi, keluarga Saud berkuasa dan menggunakan kekuasaan monarki mereka bagi memberikan imuniti daripada dikenakan undang-undang shariah. kemudian rakyat ditutup suara mereka agar tidak bersuara terhadap monarki ini. Kepimpinan salah guna kuasa dan korupsi ini tidak pernah diajar dalam ajaran agama Islam itu sendiri. Tidak pernah!

    Tidak hairanlah apabila negara sekular dipilih sebagai negara yang punyai nilai Islamik menurut ajaran al-Quran. Pemimpinnya tidak rasuah, korupsi, salah guna kuasa dam menggunakan agama untuk berkuasa.

    Jelaa disini, negara Islam, negara sekular, negara komunis, negara kristian atau sebagainya hanyalah satu bentuk label atau nama negara sahaja. Tetapi yang lebih penting ialah isi dan nilai yang dibawakan. Bagaimana nilai yang kita inginkan?

    Tanpa agama, kita akan melakukan banyak dosa. Berapa banyak dosa yang kita lakukan atas nama agama? Jangan datangkan fitnah terhadap agama.

    Berani berfikir! Sapere aude!

    *Penulis ialah exco penerangan PERKEPIS

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Polemik Negara Islam & Negara Sekular Rating: 5 Reviewed By: Admin
    Scroll to Top