728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, December 23, 2014

    PERKEPIS mengucapkan tahniah pada pelajar cemerlang peperiksaan PT3


    Persatuam Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (perkepis), mengucapkan jutaan tahniah kepada semua calon yang telah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Sesungguhnya kejayaan anda adalah kejayaan ibu bapa, guru-guru, masyarakat dan juga ummat islam khususnya.

    Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) merupakan sistem peperiksaan baru bagi menengah rendah untuk menguji tahap pendidikan bagi pelajar menengah rendah untuk menuju ke tahap menengah atas. Selain itu, tahun ini merupakan tahun pertama bagi pelaksanaan PT3 ini. Kemungkinan berlaku kelompongan atau kekhilafan yang berlaku pada tahun pertama ini. Oleh itu, PERKEPIS menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia mengkaji dan membedah siasat sistem peperiksaan yang baru ini demi kecemerlangan pelajar menengah rendah di Malaysia ini.

    Justeru itu, PERKEPIS meminta semua calon yang mengambil PT3 pada tahun ini agar redha dan tawakkal dengan segala keputusan. Sesungguhnya keputusan ini adalah dari Allah SWT. Jadikan keputusan ini sebagai peringatan atau pengajaran bagi kita untuk lebih maju dan cemerlang pada masa hadapan. Oleh yang demikian, PERKEPIS sekali lagi mengucapkan jutaan tahniah kepada pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 ini. KEJAYAAN ANDA, ADALAH KEJAYAAN UMMAT. Sekian, Wallahualam.

    “BERJASA KEPADA MASYARAKAT”
    MUHAMMAD SALAHUDDIN BIN SHAHARUDDIN
    EXCO PENDIDIKAN PERKEPIS
    KUCHING
    23 DISEMBER 2014






    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: PERKEPIS mengucapkan tahniah pada pelajar cemerlang peperiksaan PT3 Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top