728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, July 07, 2008

    maklumat biasiswa/pinjaman yayasan sarawak


    PELAWAAN PERMOHONAN BIASISWA
    YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN
    BAGI SESI PENGAJIAN 2008/2009

    Permohonan adalah dipelawa dari calon-calon yang layak untuk memohon Biasiswa Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) bagi sesi pengajian 2008/2009 berdasarkan kepada terma dan syarat seperti berikut:

    A)SYARAT UMUM

    ~ Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada yang bermastautin tetap di Negeri Sarawak;

    ~ Memperolehi kredit dalam subjek Bahasa Malaysia di peringkat SPM;

    ~ Sedang atau akan mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA dalam peringkat pengajian seperti berikut di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara:

    @ Ijazah Pertama – untuk pengajian di dalam negara sahaja

    @ Ijazah Lanjutan – untuk pengajian di dalam dan luar negara

    ~ Kursus-kursus profesional atau kepakaran - untuk pengajian di dalam dan luar negara

    ~ Kursus dan institusi pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;

    ~ Mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan seperti pada Perenggan (B) di bawah. Permohonan yang mengikuti kursus yang di luar daripada senarai tersebut tidak akan diproseskan. Proses kemasukan ke universiti/institusi adalah atas urusan pelajar sendiri;

    ~ Seseorang pemohon atau pelajar hendaklah:

    @ Mempunyai pencapaian akademik yang CEMERLANG seperti berikut:

    • Ijazah Pertama – memperolehi sekurang-kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM, atau memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil/Diploma/Matrikulasi/A-Level dan yang setaraf dengannya;
    • Ijazah Lanjutan – memperolehi sekurang-kurangnya Ijazah Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas semasa Ijazah Pertama (untuk pengajian di peringkat Sarjana) ATAU memiliki Ijazah Sarjana dengan CGPA/PNGK sekurang-kurangnya 3.00 (untuk pengajian di peringkat Doktor Falsafah);

    @ Memiliki sifat-sifat kepimpinan yang tinggi;

    @ Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan kemasyarakatan;


    B)SENARAI KURSUS YANG DITAWARKAN

    • Perhutanan
    • Pengurusan Ladang
    • Bioteknologi
    • Botani/Zoologi
    • Mikrobiologi
    • Biokimia
    • Kimia
    • Akuakultur
    • Ukur Bahan
    • Perakaunan (atau profesional)
    • Genetik/Geonomics/Proteomics
    • Perikanan
    • Teknologi Makanan
    • E-Commerce/Ekonomi
    • Kejuruteraan Mekatronik/Elektronik/Elektrikal/Mekanikal
    • Ukur Tanah/Penilaian
    • Seni Persembahan
    • Sains Sukan
    • Sains Marin
    • Kursus-kursus Kepakaran (Perubatan)


    C) PROSES PERMOHONAN
    - Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Yayasan Biasisawa Sarawak Tunku Abdul Rahman yang boleh didapati di:

    • Pejabat Yayasan Sarawak, Tingkat 9, Bangunan Satok, Peti Surat 3281, 93764 Kuching
    • Pusat Pendidikan Komuniti (CEC), Tingkat 1, Bangunan Yayasan Sarawak, Jalan Masjid, 93400 Kuching
    • Pejabat Yayasan Sarawak Cawangan Kuala Lumpur, No.1 Jalan Stanor, Off Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
    • Pejabat-pejabat Residen seluruh Bahagian (kecuali Kuching)
    • Pejabat Hal-Ehwal Awam Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan
    • Dimuat turun daripada laman web HYPERLINK http://www.yayasan.org.my/
    • Pemohon yang ingin mendapatkan borang permohonan secara pos hendaklah meyertakan sampul surat beralamat sendiri bersaiz 24cm x 34cm dengan menampal setem bernilai 50 sen di penjuru atas bahagian kanan sampul surat berkenaan

    - Permohonan hendaklah disertakan dengan SALINAN SURAT TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI/INSTITUSI dan salinan dokumen-dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan. SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kesemua salinan dokumen dan sijil hendaklah disahkan terlebih dahulu;

    - Pegawai atau Kakitangan Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan memperolehi kebenaran untuk belajar secara sepenuh masa samada bergaji penuh atau separuh gaji atau cuti tanpa gaji;

    - Setiap permohonan akan melalui proses tapisan dan akan disenaraipendekkan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pemohon yang berjaya melalui proses tersebut akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Tarikh, masa dan tempat temuduga akan ditetapkan dan dimaklumkan oleh Urusetia Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman;

    - Calon akan dinilai oleh Panel Temuduga dan Pemilihan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman semasa temuduga. Hanya calon yang berjaya semasa temuduga sahaja yang akan diperakukan kepada Lembaga Amanah untuk proses pertimbangan dan kelulusan;

    - Calon yang telah diluluskan permohonan mereka oleh Lembaga Amanah akan dimaklumkan secara rasmi oleh Urusetia Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman;

    - Jika permohonan tidak mendapat apa-apa maklumbalas dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup, permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.

    D) DOKUMEN/SIJIL
    Untuk salinan dokumen atau sijil yang diperlukan, sila rujuk kepada borang permohonan dan syarat-syarat yang telah dinyatakan diatas. Adalah diingatkan sekali lagi bahawa kesemua salinan dokumen dan sijil hendaklah disahkan terlebih dahulu. Kegagalan pemohon mematuhi syarat ini memungkinkan permohonan mereka akan ditolak;

    E) KADAR BIASISWA

    Pemohon yang berjaya akan diberikan bantuan biasiswa bagi membiayai kos pengajian mereka yang merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Tiket Penerbangan Kelas Ekonomi setahun sekali, Elaun Tesis dan lain-lain, tertakluk kepada peringkat pengajian masing-masing.


    F)TARIKH TUTUP PERMOHONAN
    Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut selewat-lewatnya jam 5 petang pada 31 Julai 2008:


    SETIAUSAHA KERJA
    YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN
    d/a Yayasan Sarawak
    Tingkat 9 & 10, Wisma Satok
    Peti Surat 3281
    93764 Kuching
    Sarawak
    Tel: (082) 248 688 Fax: (082) 429 206

    ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


    TAWARAN PERMOHONAN
    SKIM PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SARAWAK
    SESI JULAI 2008/2009


    Permohonan Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak adalah dibuka kepada pelajar Sarawak yang akan/sedang mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan.

    A) SYARAT-SYARAT PERMOHONAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

    • Warganegara Malaysia yang bermastautin tetap di Negeri Sarawak;
    • Mendapat tawaran daripada mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan
    • Terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan di dalam negara secara sepenuh masa
    • Pelajar di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama adalah dinasihatkan untuk memohon PTPTN terlebih dahulu kecuali permohonan seseorang itu telah ditolak oleh PTPTN. Dalam hal ini, pemohon adalah dikehendaki untuk mengemukakan surat pengesahan daripada institusi pengajian yang mengesahkan pelajar tidak mendapat mana-mana penajaan.

    B) BORANG PERMOHONAN
    Borang permohonan Skim Pinjaman Pelajaran boleh didapati secara percuma di pejabat berikut:

    • Pejabat Yayasan Sarawak, Tingkat 9 & 10, Bangunan Satok, Jalan Satok, 93764 Kuching
    • Pusat Pendidikan Komuniti (CEC), Tingkat 1, Bangunan Yayasan Sarawak, Jalan Masjid, 93400 Kuching
    • Pejabat Yayasan Sarawak Cawangan Kuala Lumpur, No.1 Jalan Stanor, Off Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
    • Pejabat-pejabat Daerah, Pejabat-pejabat Pelajaran Gabungan dan Pejabat-pejabat Pelajaran Daerah Kecil di seluruh Sarawak (kecuali Kuching);

    - Pemohon yang berhasrat untuk mendapatkan borang tersebut secara pos, hendaklah meyertakan sampul surat beralamat sendiri bersaiz 24cm x 34cm dengan setem RM0.50 ditampal pada bahagian kanan atas sampul surat tersebut
    - Borang permohonan boleh juga dimuat turun daripada website Yayasan Sarawak di http://www.yayasan.org.my/

    C) DOKUMEN-DOKUMEN
    Borang permohonan yang telah diisikan dengan tepat dan lengkap maklumat yang terkini, beserta dengan salinan Surat Tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Institusi Pengajian Tinggi Swasta, sesalinan dokumen-dokumen akademik, sesalinan keputusan muktahir, sesalinan sijil kelahirandan sijil-sijil lain yang berkaitan yang telah DISAHKAN mestilah sampai ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada tarikh tutup yang telah ditetapkan.


    Yayasan Sarawak
    Tingkat 9 & 10, Wisma Satok
    Jalan Satok
    93400 Kuching
    SARAWAK

    D) TARIKH TUTUP
    Tiada tarikh tutup. Permohonan terbuka sepanjang tahun.


    Sumber: The Borneo Post, 5 July 2008

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: maklumat biasiswa/pinjaman yayasan sarawak Rating: 5 Reviewed By: PERKEPIS
    Scroll to Top