Negara Malaysia merupakan Negara yang
menjunjung keamanan dan keharmonian sebagai teras kenegaraan bagi
mencapai taraf Negara maju dan berdaya saing,dalam kita berusaha
mengekalkan keharmonian sedia ada,terdapat beberapa gejala yang secara
tidak langsung menjejaskan usaha tersebut dalam konteks norma masyarakat
dan keharmonian sosial,antaranya ialah gejala gangsterisme.Hampir
seringkali akhbar arus perdana melaporkan mengenai perlakuan
gangsterisme dimana pemuda merupakan tunjang bagi gejala negatif
berkenaan.Perlakuan seakan-akan jaguh dan suka menunjuk kekuatan dan
mencabar antara satu sama lain,tidak ketinggalan kegiatan memeras ugut
dan melakukan konfrontasi secara mental dan fizikal dengan pihak-pihak
yang lemah.Kegiatan ini sudah tentu tidak akan dilakukan secara
berseorangan,ianya dilakukan secara berkumpulan,kerana setiap kali
mereka berada dalam suatu perkumpulan maka mereka akan merasakan mereka
begitu gagah dihadapan orang lain slogan-slogan retorik membakar
kejantanan mereka seperti “anak jantan pantang dicabar!!”. “Persatuan”
salah laku ini memperlihatkan ketidakmatangan segelintir orang muda kita
dalam dalam rencah kehidupan.
Gangsterisme adalah suatu perbuatan
salah laku yang sudah lama wujud dan masih berterusan sehingga
kini.Keadaan lebih merumitkan apabila kegiatan ini turut dipelopori oleh
remaja perempuan dan juga kanak-kanak. Apa yang dapat diperlihatkan
masa kini,gangsterisme ini adalah tingkah laku yang melanggar norma dan
batasan undang-undang atau berkelakuan yang tidak boleh diterima oleh
sosial. Menurut Thrasher (1963) yang merupakan pelopor awal tentang
kajian gangsterisme mengutarakan bahawa pada awal remaja golongan ini
berkemampuan untuk mewujudkan gang ataupun persatuan. Golongan remaja
ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka
dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka. Thrasher (1961)
juga mendefinisikan gang sebagai satu persatuan yang mempunyai
ciri -ciri seperti mengikut tingkahlaku yang sama, perjumpaan secara
bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan.
Thraser (1963) menyatakan bahawa kewujudan gangster adalah
hasil daripada perkembangan sesuatu kumpulan rakan sepermainan juvenil
yang bertukar kepada perlakuan devian(perkumpulan samseng). Secara
evolusi kumpulan ini menjadi satu kumpulan gangster yang seringkali
melakukan tindakan-tindakan ganas yang bercorak anti sosial. Ikatan yang
pada mulanya tidak sehaluan bertukar menjadi lebih erat,kerana telah
teruji “kredibiliti” mereka sebagai samseng yang melakukan aktiviti
jenayah berisiko seperti bergaduh dan beberapa jenayah keganasan yang
lain ditambah semangat setia kawan atau kukuh serta mengamalkan tradisi
kumpulan. Menurut statistik yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat
Polis Bukit Aman pada tahun 2008 seramai 8,809 pelajar berusia antara 7
dan 18 tahun ditahan di seluruh negara kerana terlibat dalam kes-kes
jenayah. Daripada jumlah itu, 3,683 terlibat dalam jenayah
kekerasan(Violence Crime) manakala selebihnya jenayah harta
benda.Menurut statistik berkenaan, remaja berusia 16 hingga 18 tahun
mendahului senarai dengan 6,435 tangkapan, diikuti pelajar berusia 13
hingga 15 tahun (2,227 tangkapan). Tidak kurang hebatnya, kanak-kanak
berusia tujuh hingga 12 tahun turut termasuk dalam senarai itu dengan
147 tangkapan. Pelajar daripada kaum Melayu mencatatkan peratusan
tertinggi iaitu sebanyak 72.7 peratus atau 6,401 orang diikuti India (10
peratus atau 876 orang) dan Cina (7.3 peratus atau 641 orang).Faktor
yang dipercayai kenapa gejala ini tercetus dan menjadi trend seluruh
dunia masih samar dan telah digaris pandukan beberapa faktor seperti
media,rakan sebaya,dan keadaan setempat namun dengan pendapat
Bodinger-de-Uriarte (1993),yang mendapati faktor untuk mendapatkan kuasa
dan status merupakan penyebab utama para remaja menyertai gangster
jalanan di Amerika Syarikat yang Majoriti daripada gangster tersebut
merupakan gang lelaki dan ahli-ahli terdiri daripada mereka yang
mempunyai latar belakang etnik yang sama sedikit sebanyak boleh
dijadikan sebab yang kukuh kenapa gejala ini wujud kemudian ianya
menjadi trend seluruh dunia.
Gangsterisme Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Malaysia
Sejak kebelakangan ini terdapat
suara-suara yang mula mempersoalkan tentang penglibatan generasi muda
dalam aktiviti -aktiviti sosial yang boleh merosakkan keutuhan struktur
masyarakat di negara ini. Fenomena ini telah menunjukkan bertambah
kejadian yang tidak masuk akal sebagai contoh membakar bilik guru,
vandalisme, memeras ugut, penagihan dadah. Apa yang membimbangkan ialah,
mengenai terdapatnya hasil satu kajian yang dibuat oleh Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan pada tahun
1999. Laporan kajian ini yang diumumkan tidak lama dahulu menjelaskan
tentang penularan gengsterisme yang semakin berleluasa di sekolah
-sekolah menengah seluruh negara sekarang. Fakta kajian menunjukkan satu
pertiga dari 1560 buah sekolah menengah di Malaysia adalah berisiko
tinggi dan terdedah kepada berbagai -bagai pertubuhan salah laku.Dan
yang paling membimbangkan,sekolah-sekolah menengah agama yang selama ini
menjadi dakapan masyarakat untuk melahirkan generasi yang berwibawa
tidak terlepas dengan gejala ini.Beberapa kes-Kes yang diketengahkan
mengenai Kegiatan gengsterisme yang melibatkan memukul pelajar “meletup‟
pada tahun 2003 dengan menunjukkan banyak kes terjadi di sekolah.Di
antara rentetan kejadian itu ialah kes di mana ,8 orang pelajar
tingkatan 5 dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah dibuang sekolah
termasuk 2 orang yang telah mengugut warden dengan menggunakan
parang.Seramai 20 orang pelajar dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh
(STAR) telah dibuang sekolah kerana terlibat dengan kegiatan
gengsterisme melalui kumpulan yang dikenali sebagai “The High Council”
dimana ahli bertemu secara rahsia dalam waktu yang singkat di sebelah
pagi untuk melakukan kegiatan membuli pelajar junior dan penderaan
psikologikal.Di Sekolah Menengah St. David, Bukit Baru, Melaka lebih
kurang 20 orang pelajar bergaduh di kantin sekolah dan memukul sesama
sendiri menggunakan kerusi. Salah seorang daripada mereka telah
mengalami kecederaan di dahi dan menerima rawatan di hospital.Sementara
polis telah menahan 9 orang pelajar berusia 16 dan 17 tahun selama 2
hari untuk
membantu siasatan pihak polis. Gejala
ini berlaku kerana wujudnya perasaan tidak puas hati di antara kumpulan
pelajar kerana isu seperti balas dendam, hendak menunjukkan kuasa
kumpulan yang hebat, membuli pelajar junior dan juga kerana aduan
perbuatan salah laku kumpulan ini kepada pihak berwajib. Perlu difahami
bahawa kesemua jenayah ini dilakukan secara “berpersatuan”.
Peranan Organisasi Islam.
Persatuan Pelajar dan lain-lain
organisasi Islam mahupun badan bukan kerajaan yang bersifat islami
sangat diperlukan bagi memainkan peranan untuk berkerjasama dengan
Institusi awam seperti Polis,dan pihak sekolah bagi membincangkan hal
ini secara serius,serta menyatakan beberapa konklusi dan konsensus
secara bersama ,kerana gejala ini adalah gejala yang serius,ianya
berlaku mungkin kerana keinginan untuk berpersatuan (Society Desire)
yang sememangnya wujud secara individual dalam kalangan setiap anak
muda,seluruh dunia jelas bahawa setiap Organisasi islam yang wujud
mempunyai matlamat yang murni untuk anak muda berbakti di bawah naungan
organisasi tersebut tetapi rata-rata anak muda kita masih memilih untuk
menjadikan “persatuan“ Kongsi Gelap sebagai wadah “pelaburan”
mereka.Melihat kepada realiti ini organisasi Islam yang wujud harus
menyediakan wadah program yang khas bagi memperlihatkan kewujudan
mereka di mata orang muda yang sedang berpeleseran di jalanan dan
berinteraksi secara tidak formal dengan mereka sebelum mereka terjebak
dengan gejala ini serta gejala negatif yang lain dan mendapatkan
maklumat secara terperinci mengenai permasalahan mereka sekaligus
membawa permasalahan mereka ke perbincangan di peringkat awam serta
dilakukan kajian terperinci mengenai gejala ini menerusi pandangan amal
islami.Dari sini perlu dilihat keperluan dakwah lapangan sebagai satu
kaedah dakwah yang mesti ditekankan sebagai agenda utama dalam mana-mana
organisasi islam.Kebanyakan Pimpinan (Qiadah) mahupun barisan ahli
(Jundiyyah) dilatih dalam keadaan suatu yang selesa atau dilatih dalam
bentuk teori semata-mata,sedangkan dakwah itu bukan sahaja perlu diuji
dari sudut keilmuan semata-mata,bahkan ianya harus diuji dengan
ketahanan samada dari aspek mental dan fizikal dengan kesediaan untuk
turun ke lapangan bagi menzahirkan interaksi dakwah yang praktikal
kepada anak-anak muda yang berpeleseran di jalanana .Sudah menjadi suatu
Keperluan bagi setiap Organisasi Islam untuk menyediakan unit aktivis
dakwah yang bertindak khusus untuk ke lorong-lorong dan ke lapangan bagi
melaksanakan misi Amar ma’ruf nahi Mungkar.Banyak para pendukung
organisasi masyarakat yang apabila ditanya kenapa mereka tidak mahu
terlibat menangani permasalahan masyarakat khususnya gejala gangsterisme
dan mungkar; maka mereka akan menjawab bahawa mereka ; “tidak tahu, tak pernah buat, tak ada kepakaran, bukan bidang mereka, tak ada kuasa, tak tahu nak mula dan sebagainya” jawapan-jawapan seperti tadi memperlihatkan virus “aku tidak pedulisme” menyerang pendukung Organisasi Islam . Walhal
proses ini tidaklah serumit yang mereka bayangkan. Umpamanya ada TIGA
syarat yang ramai orang menyedarinya tetapi oleh kerana telah tertanam
sekian lama banyak sikap suka mencari alasan untuk tidak berbuat dan
sentiasa berfikiran negatif maka syarat-syarat berikut menjadi terlalu
sukar untuk mereka penuhi;
1.Organisasi masyarakat mesti melihat keberkaitan di antara apa yang berlaku kepada masyarakat dengan kewujudan organisasi mereka;
Untuk
apa organisasi masyarakat itu diwujudkan seperti masjid, surau,
jawatankuasa penduduk dan sebagainya; memenuhi keperluan ahli masyarakat
atau kepentingan pemimpin atau untuk siapa?Sesebuah organisasi yang
mendakwa bahawa mereka memperjuangkan nasib masyarakat tidak layak
berbuat sedemikian jika apa yang berlaku di dalam masyarakat hanya
ditontoni dan disunggutkan.Yang dikatakan keberkaitan itu ialah apabila
sesebuah organisasi itu bersama-sama dengan masyarakat di waktu
suka-duka, senyum-tangis dan gembira-sedih.
2.Organisasi itu mesti bersedia untuk menilai serta merubah beberapa justifikasi dan pendekatan mereka.
Ini
sangat perlu dilakukan kerana dengan segala macam ungkapan dan diskusi
tidak akan bermakna apa-apa jika perspektif dan tindakan tidak ada
sebarang hala tuju.Mesti ada keberanian untuk melihat apa yang telah
dilakukan selama ini.Adakah ia masih ditakuk lama lalu ia perlu diubah
agar menjadi lebih dinamik dan relevan dengan masyarakat.Relevan itu
sendiri mempunyai erti dan makna yang sangat praktik dan realistik.
3.Organisasi itu mestilah
bersedia untuk belajar dan membina jaringan dengan kelompok-kelompok
lain terutama dalam komuniti setempat.
Sudah banyak yang disebut
bahawa nama-nama organisasi sukarela tidak boleh lagi berada di dalam
kelompoknya sahaja umpama berlari dalam bulatan.Ini kerana kelompok yang
dimaksudkan itu sudah usang dan serba ketinggalan. Ia mesti bersedia
untuk melihat di luar sana dan belajar dari sesiapapun baik individu
mahupun kumpulan.Tidak terbatas juga kesediaan untuk belajar dari
golongan yang lebih rendah keupayaan dan golongan sering pula
dipinggirkan dari aliran arus perdana.
Dengan memainkan peranan yang
komprehensif dalam masyarakat,gejala gangsterisme ini dapat ditangani
dengan baik kerana kewujudan Organisasi Islam yang sanggup turun ke
lapangan untuk bersama-sama dengan golongan muda yang
berpeleseran,sekaligus tidak menolak kemungkinan bahawa usaha ini
membuka perspektif baru dalam kalangan golongan muda yang tercari-cari
platform mereka untuk beraktivisme sesama rakan sebaya kerana adanya
organisasi islam yang memperlihatkan kewujudan mereka sebagai platform
untuk golongan muda beraktivisme dengan aktiviti yang positif.
Mencontohi Streetsafe Boston Foundation
Organisasi Streetsafe Boston ini boleh
dikatakan antara organisasi bukan islam yang harus dijadikan contoh
dalam menangani jenayah keganasan seperti gangsterisme.StreetSafe Boston
adalah organisasi pembangunan Belia yang khas dimana matlamatnya untuk
mewujudkan suatu inisiatif kesedaran dalam kalangan komuniti bagi
membantu mengurangkan kadar jenayah keganasan dalam kalangan belia
secara aktif.Dengan menggunakan kaedah The Ripple effect theory suatu
kaedah dimana sebilangan kecil anak muda memainkan peranan untuk
mengawal jenayah keganasan jalanan dengan mendekati masyarakat jalanan
melalui khidmat masyarakat dan program-program kesedaran komuniti.Dengan
cara mewujudkan akses “proven risk population” iaitu populasi
komuniti yang paling banyak kes jenayah dilaporkan secara statistik
kepada langkah pro sosial yang berpartisipasi dalam mengurangkan tarikan
terhadap sebarang bentuk jenayah keganasan dalam kalangan belia,ataupun
dalam erti kata lain konsep “from zero to hero” dimana konsep ini
sekumpulan para belia yang pernah terlibat dengan jenayah keganasan
kemudiannya dilatih untuk menjadi aktivis yang penuh integriti serta
pengetahuan dan dilengkapi kemahiran perhubungan turun ke jalanan
masing-masing bagi memudahkan mesej-mesej kesedaran disampaikan melalui
mereka kepada ahli-ahli kumpulan keganasan yang berkuasa di jalanan
mereka.Dengan pendekatan sebegini ianya secara tidak langsung ianya
dapat mewujudkan suatu atmosfera komuniti yang positif kerana mesej yang
disampaikan itu adalah mesej kesedaran dari aktivis yang mana pernah
menjadi ahli gang atau terlibat dengan kegiatan kumpulan samseng
tersebut,sudah tentu ianya mesej yang bersifat sentimental kerana
disampaikan oleh bekas ahli gang itu sendiri kepada ahli gang yang lain
kerana langkah sebegini mampu memperlihatkan bahawa masih ada lagi
ruang-ruang kesedaran untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan
bebas dari jenayah keganasan.Dan antara program yang dirangka oleh
organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat ini ialah kempen “Boston Night Tour”
dimana kempen ini diadakan pada waktu malam di sekitar jalanan Boston
di mana waktu ini kebanyakan kumpulan samseng aktif melakukan kegiatan
mereka dan ramai belia yang terlibat, latihan-latihan yang diberikan
kepada aktivisnya dari segi mental dan fizikal sangat tersusun seperti
kelas berdebat,kelas komunikasi penyampaian,kelas menembak dan kelas
seni mempertahankan diri Wing chun secara tidak langsung mampu dijadikan
bekalan persediaan untuk mereka berhadapan dengan samseng-samseng ganas
di jalanan bagi menyampaikan mesej kesedaran .
Sebagai penggerak masyarakat kita perlu
bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak muda agar tidak
terjebak dengan gejala negatif ini. Sikap peduli terhadap apa yang
berlaku di sekeliling dengan bersikap proaktif terhadap gejala
gangsterisme yang berlaku di kawasan setempat amat dituntut. Selain
memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak
gangsterisme kepada ahli-ahli masyarakat yang lain terutamanya para
pemuda.Dalam konteks amal islami, Apabila sesebuah perjuangan dakwah itu
gagal dikemudikan dengan bijak oleh penerajunya mengikut situasi dan
kondisi yang berkembang pada zaman ini, maka akan berlaku kejanggalan
dan kebejatan dalam mengharungi gelombang yang beralun. Ini bukan
bermakna perjuangan dakwah lapangan itu harus mengubahsuai mengikut
kehendak arus tetapi dari segi taktik dan strategi ia perlu bersilat
dengan geraklangkah yang mengena dan perancangan yang menepati sasaran
dan kemudiannya berakhir dengan penyudah yang dihajati.
0 comments:
Post a Comment