(karya : http://www.facebook.com/qrulz.nasriey ) |
3 tips dari Habib Ali al-Jufri untuk terus mengekalkan semangat beribadah sepanjang bulan Ramadan sehigga ke penghujungnya :
1. Bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah SWT setiap malam setiap kali selepas solat dengan penuh pengharapan agar dikurniakan ketaatan dalam beribadah kerana perkara taat adalah pemberian dan kurnia dari Allah SWT.
2. Menjaga Pandangan, pendengaran dan lidah daripada melihat, mendengar dan menyebut perkara-perkara maksiat yang dimurkai oleh Allah SWT. Barangsiapa yang menjaga ketiga-tiga pancaindera ini nescaya hatinya secara tidak langsung turut terjaga dari dirosakkan dan dimasuki oleh amal yang buruk.
3. Berusaha menghadirkan hati dalam sebarang bentuk ibadah. Contohnya ketika membaca al-Quran hati dapat merasakan Allah SWT sedang berbicara dengannya.
(sumber ; http://www.facebook.com/fattabiounimalaysia ) |
1. Mendirikan solat sunat tasbih 4 rakaat selepas Magrib. Mengapa solat sunat tasbih? kerana solat sunat tasbih boleh mengundang keredhaan Allah SWT.
2. Memperbanyakkan solat sunat witir sekurang-kurangnya 11 rakaat setiap malam. Mengapa witir? kerana witir merupakan ibadah yang disukai oleh Allah SWT dan ianya menjadi amalan-amalan para ulama dan orang-orang soleh. Ditambahnya lagi bahawasanya para ulama dan orang-orang soleh apabila beribadah mereka memilih untuk mengerjakan ibadah yang disukai Allah tetapi kita lebih suka mengerjakan ibadah berdasarkan apa yang kita suka.
"Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."
~ HR Imam Al-Bukhari rahimahullah.
0 comments:
Post a Comment