Penderitaan yang dialami oleh Puan Fazilah Muhamad di Kuala Perlis yang kematian suaminya akibat dibelasah oleh sekumpulan 20 orang penduduk Kampung Belakang Kilang, Kangar sewajarnya mendapat perhatian yang serius daripada semua pihak. Dalam keadaan kehidupan mereka sekeluarga yang kemiskinan, sikap biadap penduduk kampung tersebut yang membuat keputusan untuk mengambil tindakan sendiri dengan mengenepikan undang-undang dan pertimbangan kemanusiaan telah menyebabkan kehidupan Puan Fazilah sekeluarga kini dalam kesusahan yang amat.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ingin menyatakan rasa kesal yang amat di atas tindakan tidak berperikemanusiaan penduduk kampung tersebut yang membelasah Allahyarham Hatib Leman sehingga mati di depan isteri dan anak-anaknya sendiri. Sikap dan perbuatan ala-pengganas seperti itu tidak ada tempatnya dalam budaya bangsa Melayu yang berteraskan nilai dan ajaran Islam yang mengajak kepada perdamaian dan kasih sayang. PKPIM berasa cukup sedih kerana tindakan ‘pendek akal’ segelintir penduduk kampung tersebut telah memberikan tekanan yang cukup hebat kepada Puan Fazilah Muhamad sekeluarga.
PKPIM menyeru pihak berkuasa terutamanya pihak polis agar meneruskan siasatan dengan tegas dan adil agar pesalah yang berkenaan dapat dibawa ke muka pengadilan dan keadilan dapat ditegakkan buat Puan Fazilah sekeluarga. Di samping itu, PKPIM juga menyeru penduduk kampung tersebut agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis sebagai membantu Puan Fazilah sekeluarga. Nyatakanlah kebenaran sepertimana yang disebut dalam salah sebuah hadis Rasulullah s.a.w.: “Katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit.”
Kejadian malang seperti ini seharusnya menjadi pengajaran buat kita semua agar tidak menjadikan nafsu serakah sebagai panduan dalam membuat keputusan. Sebaliknya, masyarakat negara ini harus memperkasakan akal dan minda sebagai alat penting dalam membuat keputusan berlandaskan fikiran dan pertimbangan yang rasional. Oleh sebab itulah, dimensi pembangunan modal insan harus dijadikan sebagai agenda utama negara bagi memastikan sistem pendidikan dan sosio-ekonomi negara ini dapat melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan berketrampilan.
PKPIM juga merasakan sudah terlalu banyak kes-kes jenayah yang berlaku dalam masyarakat yang kebanyakannya tidak didedahkan melalui media massa. Maka, pemerkasaan institusi kekeluargaan serta institusi kemasyarakatan adalah sangat penting. Proses memperkasakan institusi kekelurgaan dan kemasyarakatan haruslah dilakukan secara bersepadu dengan mengenepikan sentimen politik, dan mestilah dilakukan dengan berteraskan kepada nilai-nilai agama dan budaya bangsa.
Di kesempatan ini juga, PKPIM menyeru agar beberapa pihak berwajib seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan wakil rakyat kawasan berkenaan tampil menghulurkan bantuan yang sepatutnya kepada Puan Fazilah sekeluarga. Sesungguhnya, nasib Puan Fazilah dan anak-anaknya kini menjadi tanggungjawab kita bersama. PKPIM juga menggalakkan segenap lapisan masyarakat untuk menghulurkan bantuan, sama ada dalam bentuk kewangan mahupun sokongan moral.
PKPIM juga akan turut menghantar bantuan kepada Puan Fazilah sekeluarga bagi membantu meringankan beban sara hidup mereka. Justeru, individu-individu dan organisasi yang berminat untuk menghulurkan bantuan kepada Puan Fazilah boleh menghubungi PKPIM di talian 03-61879520 dan pihak PKPIM akan menyalurkan bantuan tersebut secara langsung kepada beliau.
Munirah Binti Bahari
Naib Presiden (Hal Ehwal Siswi),
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),Sesi 2007/2008.

0 comments:
Post a Comment