LaporanProgram Pengimarahan Masjid
Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak
Pustaka Negeri Sarawak
Wakil PERKEPIS
Pada hari ini, 9 April 2008, telah diadakan suatu ceramah bertemakan “Mengembalikan Belia ke Masjid” yang bertempat di Pustaka Negeri Sarawak dan disampaikan oleh dua orang penceramah dari Singapura iaitu Saudara Haji Kassim Haji Kamis, Ketua Unit Strategik Kepimpinan Masjid, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Saudara Mohd. Azree Rahim, Ketua Unit Strategik Belia, MUIS. Ceramah dimulakan pada jam 2.oo petang dan dibahagikan kepada dua slot.

Antara Peserta yang hadir
Slot yang pertama dikendalikan oleh Saudara Haji Kassim. Slot pertama ini memfokuskan kepada pentakrifan semula peranan masjid dalam usaha pembangunan kemampuan ummah. Secara ringkas dijelaskan mengenai peranan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sebagai sebuah badan penguasa hal ehwal Islam di Singapura sebelum diteruskan dengan tayangan video berkaitan fungsi masjid-masjid di Singapura serta aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak mereka untuk golongan-golongan dari pelbagai peringkat usia. Apa yang menarik daripada tayangan tersebut adalah bagaimana fasiliti masjid-masjid di negara tersebut tidak hanya terhad dengan tempat solat dan tempat berwudhu’, tetapi sebaliknya dilengkapi dengan perpustakaan, kawasan khas untuk riadhah sesama ahli keluarga dan sebagainya.
Konsep masjid mesra belia, mesra keluarga dan mesra masyarakat juga amat selari dengan matlamat untuk mengembalikan sejarah silam apabila masjid dijadikan bukan sahaja sebagai tempat beribadah, tetapi juga sebagai pusat pendidikan serta pusat kegiatan sosial. Melaui konsep masjid mesra belia, aktiviti-aktiviti yang diadakan di masjid sememangnya menjurus kepada remaja. Salah satu contohnya ialah menonton Piala Dunia secara beramai-ramai. Tetapi program tersebut diselitkan pula dengan qiamullail. Ternyata dengan cara ini, secara tidak langsung mencambahkan kesedaran dalam kalangan belia bahawa masjid bukan sekadar tempat untuk beribadah semata-mata. Konsep masjid mesra keluarga pula dilaksanakan dengan menyediakan satu ruang khas untuk aktiviti riadhah bersama keluarga. Manakala, konsep masjid mesra masyarakat diwujudkan dengan menjadikan masjid sebagai pusat rujukan.

Penceramah Kedua, Saudara Mohd Azree Rahim, Ketua Unit Strategik Belia, MUIS.
Program diteruskan dengan slot kedua bersama Saudara Mohd. Azree Rahim yang lebih kepada penerangan mengenai pelaksanaan program Learning Islamic Values Everyday (aL.I.V.E) yang dimulakan di Singapura semenjak tahun 2004. Program ini diwujudkan atas sebab tiada subjek agama yang diajarkan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah-sekolah kebangsaan di Singapura. Oleh yang demikian, pihak MUIS mengambil inisiatif untuk mewujudkan sistem pembelajaran pendidikan Islam di luar sekolah. Maka lahirlah program aL.I.V.E ini yang dibahagikan kepada 4 bahagian mengikut peringkat usia iaitu Kids aL.I.V.E (5 hingga 8 tahun), Tweens aL.I.V.E (9 hingga 12 tahun), Teens aL.I.V.E (13 hingga 16 tahun) dan Youth aL.I.V.E. (17 hingga 20 tahun).
Metodologi ataupun pendekatan yang digunakan semasa proses pembelajaran adalah relevan dari berbagai-bagai sudut termasuk usia, corak hidup serta keupayaan penerimaan pelajar. Di samping itu, kaedah penilaian pelajar juga tidak terhad dengan menduduki peperiksaan bertulis sahaja, sebaliknya pihak mereka mengamalkan kepelbagaian dalam corak penilaian. Secara ringkasnya, program aL.I.V.E ini diwujudkan untuk membentuk sistem pendidikan Islam yang dinamik serta bersesuain dengan masa dan keadaan. Selain itu, dengan adanya program ini juga pihak MUIS berhasrat untuk menjana Muslim yang mencintai ilmu, berfikir, beramal dan mampu mendatangkan manfaat kepada masyarakat sekelilingnya.
Kesimpulannya, apa yang perlu kita lakukan untuk mengembalikan fungsi masjid sebagaimana pada zaman kegemilangan tamadun Islam terdahulu ke abad yang baru ini adalah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang bermacam konsep dan kreatif serta mengikut kesesuaian usia, bukan hanya tertumpu kepada ceramah atau seminar sahaja. Pendekatan untuk membawa belia kembali ke masjid juga tidak perlu diadakan secara serius dan formal kerana yang demikian hanya akan menyebabkan mereka semakin menjauhkan diri daripada masjid. Dari sudut pendidikan Islam pula, tanggungjawab tidak seharusnya diletakkan pada pihak sekolah sahaja, sebaliknya institusi masjid juga harus mula memainkan peranan yang sama. Diharapkan, ceramah ini mampu menyedarkan dan membuka mata masyarakat kita terutamanya dari kalangan pihak pengurusan masjid agar pada masa akan datang, program-program yang bersesuaian dapat difikirkan dan dilaksanakan bagi kemaslahatan umat, terutamanya golongan belia.
Disediakan oleh,
Nur Syuhadah Dahlia bt. Shahinan

0 comments:
Post a Comment