728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday, June 01, 2008

    TUKAR BAJU ELAK GANGGUAN SEKS

    Thursday, May 22, 2008

    Kementerian Pelajaran dicadangkan menukar pakaian seragam pelajar perempuan bagi menangani jenayah seksual melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dalam kalangan mereka.Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, kementerian boleh menukar baju putih kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan."Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ," kata pemimpin wanita PKPIM, Munirah Bahari hari ini.

    "Lebih-lebih lagi ia (baju jarang) akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh pelajar perempuan di sekolah kerajaan."Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya."Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan sebagainya."Beliau mencadangkan kementerian menilai semula secepat mungkin baju seragam sekolah untuk pelajar perempuan.Jika kementerian ingin mengekalkan seragam warna putih, katanya, PKPIM mencadangkan pelajar perempuan diwajibkan memakai singlet dalam atau tudung yang labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat."Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani isu ini dan rombakan perlu dilakukan ke atas pemakaian pelajar perempuan demi memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam," kata Munirah, naib presiden hal ehwal wanita PKPIM, dalam satu kenyataan hari ini.Beliau juga berkata, sikap pelajar perempuan yang tidak tegas menjadikan mereka mangsa cabul.

    "Apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka diperlakukan apa-apa sahaja oleh sesiapa," katanya.Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja, tegas Munirah, perlu diberikan perhatian oleh semua pihak."Namun begitu, isu ini dilupakan seketika (sekarang) apabila laporan sebegini tidak lagi tersiar di dada-dada akhbar."Sebaliknya isu ini akan menjadi panas apabila ada mangsa terbaru dilaporkan," tambahnya."Pakaian yang sopan dan menutup aurat boleh mencegah dan melindungi wanita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

    "www.malaysiakini.com
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: TUKAR BAJU ELAK GANGGUAN SEKS Rating: 5 Reviewed By: PERKEPIS
    Scroll to Top