728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, February 20, 2009

    Khatam Sebulan???



    Anda mahu mengkhatamkan (menghabiskan) kitab suci al-Quran dalam masa sebulan?

    "Bena ndak kah katanya ya? Macam bulak jak..."

    Benar. Terang lagi bersuluh!

    "Giney kah? Kamek sik cayak juak dipadah kitak ya!"

    Begini, untuk anda khatam Quran dalam masa sebulan, anda hanya perlu membaca 4 muka sahaja setiap kali selepas solat fardhu, 5 kali sehari.

    Cuba anda periksa!

    4 muka x 5 kali sehari solat fardhu x 30 hari = 600 muka (seluruh Quran)



    "Mpat muka? Banyak gilak ya!"


    Berapa lama masa anda untuk membaca beberapa helaian Quran? Insya-Allah, beberapa minit sahaja!

    "Aih, mena juak dipadahnya. Sik lah kamek tok tauk mun mbaca beberapa minit jak lekak smayang, paduhal boleh katam sigek Quran."


    Empat muka terlalu banyak?

    "Aok eh. Sik terkaber kamek tok. Kamek tok sik lah alim ne."


    Tidak mengapa. Jika empat muka terlalu banyak, anda cuba baca DUA muka setiap kali solat fardhu. Bermaksud, anda mengkhatamkan Quran dalam masa DUA bulan sahaja! Anda percaya?

    "Cobalah. Insya-Allah. Sepatutnya duak muka pun sik lah banyak ne. Slow-slow bah."

    Anda ingat....

    Setiap kalimah (huruf) yang anda baca dalam Quran, akan terhitung amalan sebanyak 10 hasanat (kebaikan, pahala)

    Bagaimana kalau kita baca sekalimat?

    Bagaimana kalau kita baca sebaris?

    Bagaimana kalau kita baca semuka?

    Bagaimana kalau kita baca sebahagian Quran?

    Bagaimana kalau kita baca seluruh Quran?



    Mari kita renung akan peringatan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam kepada kita:

    Abu Umamah (semoga Allah merahmatinya) melaporkan:

    Aku mendengar Rasulullah sallallahu alaihiwasallam menyebut:

    Bacalah Quran, ia akan datang sebagai syafaat kepada pembacanya ketika Hari Kebangkitan. (Hadith Riwayat Muslim)


    Daripada Abu Hurairah (semoga Allah merahmatinya) melaporkan:

    Aku mendengar Rasulullah sallallahu alaihiwasallam menyebut:

    Janganlah engkau menukarkan rumahmu kepada tanah perkuburan. Syaitan lari dari rumah yang dibacakan Surah al-Baqarah. (Hadith Riwayat Muslim)

    Marilah bermula beramal daripada sedikit-sedikit. Amat besar kebaikan kita bersahabat dengan Quran. Hanya kembalinya kita kepadanya, insya-Allah, hidup ini lebih diberkat, lebih terpandu, lebih terlindung oleh Tuhan akan onak duri dunia yang fana ini.


    Quran dibaca hidup bermakna,
    Jauhi ia jiwakan mati;
    Hayati ia hidupkan sempurna,
    Kekuatan umah kembali sejati




    Berjasa Kepada Masyarakat


    NOTA: Entri ini diubahsuai daripada makalah kecil Weekly Reminder: When Are You Going Back to Quran?! oleh al-Aqsa Friends' Society, UIAM.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Khatam Sebulan??? Rating: 5 Reviewed By: PERKEPIS
    Scroll to Top