728x90 AdSpace

  • Latest News

      Friday, January 30, 2009

      PROGRAM JALAN-JALAN CARI KAWAN

      ALHAMDULILLAH segala puji bagi Allah kerana dengan izin Allah S.W.T program JALAN-JALAN CARI KAWAN ke Betong selamat dan berjaya dilaksanakan. Terima kasih Ya Allah, dengan nikmat dan rahmatMu kami selamat pergi dan pulang, kerana nikmatMu permusafiran kami terasa roh-roh ukhuwah persaudaraan, roh-roh ilmu mengiringi hati-hati kami sepanjang perjalanan ini. Pada 23 Januari 2009 merupakan detik permulaan perjalanan kami. Ketibaan kami di hospital Betong hampir jam 10.00 malam. Perjalanan kembara kali ini lebih bermakna, kerana banyak ilmu dan pengalaman yang kami dapat. Berbeza dengan kembara sebelum ini, bilangan peserta kali ini lebih kecil bilangannya. Bilangan yang kecil memudahkan kami bergerak dan lebih dekat dengan masyarakat. Banyak pengalaman menarik sepanjang JALAN-JALAN CARI KAWAN ini.

      sedikit cenderamata buat warga hospital Betong

      KEM PUSAT LATIHAN KHIDMAT NEGARA, BUKIT SABAN BETONG
      24 JANAURI 2009, 10.00 PAGI
      Aktiviti pertama kami bermula pada jam 10.00 pagi dengan menziarahi adik-adik bekas peserta PERKEPIS yang sedang mengikuti latihan khidmat negara. Di antara adik-adik yang hadir, dari sekolah SHOAW, MRSM, TUNAZ, KOLEJ ABDILLAH termasuk adik dari SMT Sibu dan SMK(A) Sibu.

      Adik-adik dari shoaw ( atas permintaan)


      Adik-adik dari MRSM Kuching (atas permintaan)


      Bergambar ramai-ramai berlatarkan bukit saban



      LAWATAN KE HOSPITAL BETONG,
      24 JANUARI 2009, 01.30 PETANG

      Seperti yang dijadualkan, pada jam 1.30pm kami akan mengadakan lawatan ke hospital Betong untuk memberi sedikit cenderamata kepada semua pesakit-pesakit yang berada di hospital Betong. Kehadiran kami disambut meriah, mesra oleh warga hospital. Pihak hospital berharap agar dapat diadakan lagi dan sangat mengalu-alukan kehadiran PERKEPIS untuk berbakti di hospital Betong. Dikesempatan ini, pihak PERKEPIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak hospital, Dr Aisah Munirah, Dr Shahril, Chief Hj Othman, Encik Hasmadi dan Persatuan Kebajikan Islam Perubatan(PERKIP), kak Sa'adiah, kak Jaba'yah di atas kerjasama dan sambutan yang diberikan.

      Kami bergambar bersama kakitangan hospital dan PERKIP

      Pengerusi HEWI PERKEPIS sedang memberi sedikit penerangan lawatan






      SARATOK
      24 JANUARI 2009, 04.40 PETANG
      Pasar Saratok
      Lawatan kami di hospital Betong berakhir pada jam 3.30pm dan kami meneruskan perjalanan ke Saratok.Subhanallah… , Saratok merupakan sebuah daerah yang sangat mengagumkan. Sangkaan minda kami sungguh jauh tersasar. Disangkakan Saratok sebuah bandar tidak ubah seperti kawasan pedalaman kurang kemudahan asas namun rupanya Saratok sangat maju dari sudut ekonomi, percambahan penduduk, sekolah yang banyak dan yang paling penting bandar yang bersih dan sungguh menenangkan . Kami difahamkan penduduk di kawasan bandar Saratok, majoriti orang Islam. Sukar bagi kita mengalami apatah lagi di Sarawak, kawasan bandarnya di penuhi orang Islam. Terasa roh Islam berada di seluruh lembah pasar Saratok. Yang paling menarik terdapatnya satu cawangan “ SUGAR BUN” di Saratok. Kami juga difahamkan beberapa tahun lagi pembangunan di Saratok akan bertambah pesat. “MARI KAWAN-KAWAN KITA KE SARATOK”

      Kehadiran kami disambut oleh Cikgu Ramlee Bin Borhan, PKHEM SK Klua dan kami diberi sedikit taklimat mengenai Saratok. Walaupun taklimat sekejap saja namun isinya cukup padat dan membuat kami semua terpegun.

      Di rumah Penghulu Kampung

      Kami meneruskan perjalanan ke rumah Penghulu Kampung, Tuan Hj Daud Bin Ulay . Tok Penghulu mempunyai bakat yang sungguh luarbiasa. Seorang yang mahir dalam ukiran kayu, membuat alat muzik, membuat keris, parang malah mahir dalam bermain alat muzik seperti kompang, rebana, viola dll.. Kami turut dihiburkan oleh Tok Penghulu dengan alat muzik miliknya.

      ini bukan tok penghulu, tetapi kami diberi kesempatan untuk bermain alat muzik
      agaknya disinilah pereka kasut/selipar tempatan mendapat ilham.gambar diatas merupakan selipar yang digunakan masyarakat kita dizaman dahulu. Diperbuat daripada kayu dan tali

      baru sedikit yang ditunjukkan, barangan hasil tangan tok penghulu. sila lihat almari kaca itu..baru sebahagian

      tok penghulu menunjukkan pada kami cara membuat sarung parang

      Di rumah Amirah Kampus UNIMAS, Khadijah Adgot

      Pada jam 6.00pm kami berangkat pergi ke rumah saudari khadijah . Kami menunaikan solat jamak maghrib dan isyak berjemaah. Tuan rumah meminta kami membuat sedikit majlis bacaan doa selamat sempena menyambut hari lahir salah seorang ahli keluarga saudari khadijah. Selepas selesai majlis doa selamat, kami dihidangkan dengan jamuan yang sungguh luarbiasa( banyak lauk dan nyaman) dari tuan rumah. Malah setiap seorang dari kami pulang membawa ole-ole .

      Kami berangkat pulang ke Betong pada jam 8.00pm. Perjalanan pulang kami mengambil masa hampir 2 jam. Dr Sahril sempat menghubungi kami supaya berhati-hati dijalanraya kerana pada hari tersebut sudah berlaku 2 kemalangan di tempat yang sama. Kemalangan terakhir melibatkan 2 kematian (seorang ibu dan sorang anak) .Kami tiba di hospital Betong hampir 10.00 malam.

      beramah mesra dengan tuan rumah

      sempat bergambar lagi
      kami menjamu selera." NYAMAN AIH"

      Perjumpaan dengan DR SHAHRIL DAN DR AISYAH MUNIRAH
      Mantan Pimpinan PERKEPIS
      10.30 malam



      Perjumpaan tersebut bermula dengan sesi berkenalan antara satu sama lain. Diteruskan dengan sedikit perkembangan PERKEPIS. Perkongsian pengalaman Dr Shahril sepanjang mengikuti PERKEPIS yang pada mulanya PERKEPIS dikenali sebagai BENIGN . Dr Shahril banyak memberi nasihat dan dorongan pada kami.

      AHAD , 25 JANUARI 2009
      BERANGKAT PULANG KE KUCHING

      Kami bertolak balik pada jam 6.30am. Kami sempat singgah di Kem PLKN Betong untuk bersalaman dengan adik-adik dan memberi sedikit nasihat sebelum kami berangkat pulang.


      Catatan,
      Warga KEMBARA
      JALAN-JALAN CARI KAWAN







      • Blogger Comments
      • Facebook Comments

      6 comments:

      Suluh Hati said... 7:44 PM, January 30, 2009

      Sabar khadijah...walaupun nasiknya kurang tapi penuh barokah....huhu...

      intishar said... 3:57 PM, February 03, 2009

      Assalamualaikum w.b.t...
      lamak dah x dengar cta kakak2... mg terus berada dalam nkmatNya.. Salam ukhuwah fillah...

      HaMas said... 11:51 AM, February 09, 2009

      Jeles..jeles... biar dalam lingkungan iman dan taqwa.. heheheh... aduh!

      almukminun said... 5:55 PM, February 09, 2009

      “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” [Al-Hujuraat 49: 10]

      Semuga redha ALLAH SWT terus memayungi kalian...rindu kmk maok klakar srwak...jmp ktk org..

      Item Reviewed: PROGRAM JALAN-JALAN CARI KAWAN Rating: 5 Reviewed By: PERKEPIS