Tentera Israel mengasak Gaza! Setakat ini, angka kematian saudara-saudara kita telah mencecah 640 orang dan lebih 2000 orang cedera.
Isu Palestina bukanlah isu orang-orang Palestina semata-mata. Bukannya isu orang Arab sahaja. Bahkan, isu ini merupakan isu umat. Darah daging mereka, adalah darah daging kita juga. Kerana umat ini umpama satu badan. Maka jikalau salah satu anggota badan ini sakit, maka seluruh jasad itu akan menderita sama.
Tidak ada langkah yang berani dilakukan oleh pemimpin orang Islam, melainkan mengutuk keras tindakan rejim Zionis laknatullah alaih. Kita bantu saudara kita seadanya, semampu kita dengan senjata terhebat: DOA.
Semoga Allah memberi kemenangan kepada saudara-saudara kita di sana. Pastikan mereka tidak berjuang keseorangan. Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam mengatakan bahawa "bukan daripada golonganku orang-orang yang sehariannya langsung tidak memikirkan masalah umat." Ayuh, rakan-rakan! Mari kita menadah tangan meminta pertolongan kepada Tuhan!
Berita terkini daripada aljazeera: War on Gaza
Berjasa Kepada Masyarakat
0 comments:
Post a Comment