728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, January 15, 2009

    Salam di Sempadan Negara...


    Negeri Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia. Namun demikian, mungkin populasi umat Islam boleh jadi terkecil di negara ini. Statistik umum mengatakan bahawa umat Islam menduduki sekitar 20 peratus lebih daripada keseluruhan populasi. Selebihnya menganut agama Kristian, Taoisme, Buddhisme, animisme (kepercayaan warisan) dan lain-lain.

    Begitu pun, sekelumit kecil ini di lautan manusia, bagaimanakah kondisi umat bumi bertuah ini? Adakah hidup mereka senang? Bagaimanakah dalam pengetahuan, penghayatan dan pengamalan agama Allah yang direda, Islam?

    Mari kita ikuti, di Miri. Pautan di bawah merupakan pemerhatian peribadi salah seorang ahli PERKEPIS di bumi Miri yang berada di sempadan negara. Miri menjadi pintu masuk antara Malaysia dan negara jiran, Brunei Darussalam.

    Miri(1): Tanah Tumpahku
    Miri(2): Di Satu Sudut Kehidupan
    Miri(3): Entreport Silang Bangsa
    Miri(4): Wireless dan Golf
    Miri(5): "Siney mok ncarik duit?"
    Miri(6): Kenang-kenangan Salah 'Tune'
    Miri(7): Keluhku

    Bagaimanakah umatnya? Mengikut statistik semasa pilihanraya pada tahun 2004, populasi Miri adalah seramai 200,000 orang. Itu adalah statistik 5 tahun yang lalu. Kawasan perumahan Permyjaya sahaja telah mengatasi populasi bahagian Lawas! Pasti ada pertambahan. Pasti ada perubahan. Kerana manusia ini sering berubah!


    Mari kita lihat. Mari kita renung. Mari kita fikirkan bersama. Kita punya tanggungjawab yang besar. Tidak ada orang yang peduli, kecuali orang yang punyai jiwa rasa.

    Berjasa Kepada Masyarakat
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Salam di Sempadan Negara... Rating: 5 Reviewed By: PERKEPIS
    Scroll to Top