728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, January 14, 2009

    Menjejak Zionisme (1)


    Pada hari ini, serangan di Gaza hampir mencecah 20 hari. Angka kematian terus meningkat, begitu juga bilangan yang tercedera. Serangan tentera Israel, IDF(Israel Defense Fore) kini telah berpindah kepada fasa ketiga serangan. Saudara kita di Gaza bertubi-tubi dibedil dan disembelih tanpa belas kasihan. Namun demikian, pejuang mujahidin Palestina tetap memberikan tentangan yang hebat, sehinggakan IDF terpaksa berundur dari salah sebuah perkampungan. Mereka seakan-akan berjuang sendirian menghadapi gergasi yang takut mati. Setiap hari mereka dihujani dengan bom dan peluru. Lebih mengggerunkan lagi, IDF mula menggunakan senjata kimia atas Gaza. Tiada pembelaan daripada politik dunia. Dunia Islam, apatah lagi.


    Alasan yang digunakan oleh IDF melanggar Gaza amat mudah: menghentikan serangan roket HAMAS. Tetapi hakikatnya bukan itu sahaja. Mereka mahukan cengkaman total atas rakyat Palestina. Mangsa mereka adalah umat Gaza, umat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Orang yang pada pandangan mata Yahudi sebagai musuh ketat mereka. Dan orang yang mewarisinya adalah satu-satunya batu penghalang mereka untuk menguasai dunia.

    Untuk memahami konflik di Gaza, adalah molek jika kita mendalami akar umbi kepada dasar tindakan terkutuk Yahudi (semoga Allah melaknati mereka); iaitu Zionisme. Apakah Zionisme? Insya-Allah, kita akan kupas persoalan ini.

    Zionisme

    Apakah Zionisme? Zionisme merupakan satu gerakan yang lebih terancang untuk ingin memadam cahaya Allah di muka bumi ini dengan mengganyang umatnya. Sejak zaman-berzaman, dunia menyaksikan bahawa kebanyakan konflik besar yang berlaku dalam sejarah digerakkan oleh orang Yahudi. Sejak zaman Bani Nadir, Bani Qainuqa' dan Bani Quraizah diusir oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, Abdullah bin Saba' pada zaman Khulafa' Ar-Rasyidin, Perang Salib, Revolusi Perancis, Perang Dunia Pertama, kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, Perang Dunia Kedua dan Orde Dunia baru kini, semuanya digerakkan oleh orang Yahudi. Mereka tidak akan berhenti, hatta sehinggalah hari akhirat pun! Firman Allah:

    "Tidak akan redha kaum Yahudi dan Nasrani, sehinggalah kamu mengikuti mereka..." (al-Baqarah, 2:120)


    Zionisme ialah satu gagasan gerakan politik yang telah disusun oleh orang Yahudi sejak 1882 lagi. Gagasan ini telah disusun oleh Theodo Herzl pada 1882 dan mengambil masa 14 tahun untuk disiapkan pada 1896. Pada 1897, Konvension Zionisme telah diadakan di Switzerland yang mempertemukan pemimpin-pemimpin Yahudi di serata dunia pada masa itu. Objektif gerakan Zionisme:

    (1) Platform gerakan politik yang akan menghancurkan Khilafah Uthmaniyyah dan menghancurkan umat Islam.
    (2) Platform untuk menguasai dunia
    (3) Mengumpulkan orang Yahudi ke 'tanah yang dijanjikan', Zion dan menubuhkan negara Israel dalam masa 100 tahun.

    Dalam konvensyen itu, beberapa tempat sebenarnya telah dipilih. Antaranya adalah seperti Argentina. Namun demikian, Hertzl (seorang sekular) mencadangkan agar Jurusalem dan Palestina dijadikan tempat yang paling sesuai untuk negara baru. Oleh sebab orang Yahudi sangat berpegang pada agama mereka, Herzl menyuarakan agar sebahagian daripada ajaran Yahudi dijadikan sebagai justifikasi untuk menghalalkan cita-cita mereka.

    Mengkaji lebih dalam akan konspirasi Zionisme memperlihatkan bahawa konflik di dunia ini seola-olah satu pentas besar sandiwara yang agung. Dan umat Islam adalah watak antagonis yang sering dikalahkan. Ada saja watak tambahan yang bertopengkan pelbagai karakter, namun dasarnya adalah sama. Itu tidak termasuk lagi bab ekonomi, sosio-budaya, media dan lapangan kehidupan yang lain. Apakah pencak 'sandiwara' ini?

    Musuh telah lama merancang, dan mereka telah berjaya. Di manakah kita? Adakah kita menyedari bahaya konspirasi terancang Zionisme atas umat manusia, terutamanya umat Islam? Insya-Allah kita sambung pada masa akan datang....

    Berjasa Kepada Masyarakat

    Azrul bin Jaini
    Naib Yang Di-Pertua II
    PERKEPIS


    Rujukan:

    Misbahul Islam Faruqi, (1991). Jewish conspiracy and the muslim world: With complete text of the protocols of the learned elders of zion. Thinkers Library Sdn. Bhd.: Kuala Lumpur.

    R. Garaudi (2000). Kewujudan negara Israel. Jahabersa: Kuala Lumpur.

    Ismail Raji Faruqi, (n.d). Islam and the problem of israel. Islamic Book Trust: Kuala Lumpur.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Menjejak Zionisme (1) Rating: 5 Reviewed By: PERKEPIS
    Scroll to Top