Seorang ulama, Imam Ibnul Wardi nasihat kepada kita:
Keterangan daripada penterjemah nasihat Ibnul Wardi*:
Kalau kamu mahu mendapat ilmu yang luas maka kamu mesti bersungguh-sungguh mencarinya, kamu mesti sanggup mengorbankan apa sahaja yang kamu miliki, maka termasuklah dalam hal ini kamu mesti mengorbankan waktu rehatmu. Jangan terlalu banyak berehat. Jangan terlalu banyak tidur, tetapi asahlah otakmu dan penuhkanlah waktumu untuk belajar ilmu. Maka barangsiapa mengetahui hakikat kebesaran ilmu dan ketinggian darjatnya di sisi Allah taala, pasti ia ringan berkorban apa sahaja yang dimilikinya.
*Dipetik daripada Siri Bimbingan Remaja Islam II yang berjudul 40 Nasihat Imam Zainuddin Ibnul Wardi al-Kindi (691-749H) (1292-1349H). Terjemahan dan huraian dilengkapkan oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam. Terbitan Khazanah Banjariah, Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.
Tinggalkan tidur dan hendaklah engkau bangun mencari ilmu. Sesiapa yang mengetahui akan kebesaran dan ketinggian ilmu, pasti akan merasa ringan mengorbankan apa sahaja yang dimilikinya.
Keterangan daripada penterjemah nasihat Ibnul Wardi*:
Kalau kamu mahu mendapat ilmu yang luas maka kamu mesti bersungguh-sungguh mencarinya, kamu mesti sanggup mengorbankan apa sahaja yang kamu miliki, maka termasuklah dalam hal ini kamu mesti mengorbankan waktu rehatmu. Jangan terlalu banyak berehat. Jangan terlalu banyak tidur, tetapi asahlah otakmu dan penuhkanlah waktumu untuk belajar ilmu. Maka barangsiapa mengetahui hakikat kebesaran ilmu dan ketinggian darjatnya di sisi Allah taala, pasti ia ringan berkorban apa sahaja yang dimilikinya.
*Dipetik daripada Siri Bimbingan Remaja Islam II yang berjudul 40 Nasihat Imam Zainuddin Ibnul Wardi al-Kindi (691-749H) (1292-1349H). Terjemahan dan huraian dilengkapkan oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam. Terbitan Khazanah Banjariah, Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.
0 comments:
Post a Comment