Syukur kepada Allah, dengan izin-Nya, Bengkel Penulisan Remaja bersempena Majlis Perhimpunan Agung ke-4 PERKEPIS telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Mac 2009 yang lepas. Program ini merupakan program anjuran bersama pihak JAKIM di Pusat Latihan Sarawak (PLS) di Telaga Air, Kuching. PERKEPIS ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama erat yang diberikan oleh JAKIM.
Ribuan terima kasih atas kesudian penceramah, Saudara Firdaus Ariff atas kesudian bertandang di Bumi Kenyalang dan menyampaikan isi bengkel beliau. Sambutan program luar biasa sekali. Para peserta yang rata-rata terdiri daripada pelajar sekolah menengah mahupun mahaiswa IPTA/S tidak putus-putus mengajukan ulasan dan soalan.
Sesungguhnya bengkel ini merupakan titik tolak yang baik dalam memanfaatkan media massa yang ada sebagai saluran menyampaikan dakwah serta mempertahankan agama daripada dinoda pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kepada para peserta bengkel terutamanya, segalanya terletak atas keputusan anda. Ilmu telah digarap. Ilmu tidak akan menjadi ilmu melainkan setelah diamalkan dan disampaikan. Bukankah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah bersabda;
"Sampaikanlah walau dengan satu ayat"?
Wassalam...
Berjasa Kepada Masyarakat
NOTA: Foto bengkel bersumber daripada laman ini. Klik di sini.
0 comments:
Post a Comment