728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday, April 11, 2009

    Teruskan Perjuangan!


    Sesungguhnya menuntut ilmu itu satu jihad yang besar serta menuntut pengorbanan harta dan tenaga.

    Ilmu mengangkat darjat manusia
    Ilmu menghapus keraguan dengan keyakinan
    Ilmu memancar serta menunjuki manusia
    Jika tidak dengan ilmu
    Masakan manusia kenal Tuhannya?


    Tahniah diucapkan kepada seorang aktivis PERKPEPIS, Abdullah Umar bin Raslie melanjutkan pengajian di Korea Selatan. Beliau merupakan salah seorang daripada 6 orang mahasiswa Malaysia yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Korea Selatan. Saudaraku Abdullah Umar ataupun dengan panggilan mesranya Umar sering kali di "katik" ataupun di"selak" (diusik) rakan-rakan. Terutama sebelum keberangkatannya, kami me"nyelak"nya:



    "Jaga kitak Umar. Korea Utara dengan Selatan sebenarnya masih perang lagik. (Awas awak, Umar. Korea Utara dan Selatan sebenarnya masih dalam keadan perang)," lalu kami gelak bersama-sama.


    Atas: Umar (berdiri) ketika progam PERKEPIS, JOM CEMERLANG SPM 2008 di MRSM Kuching

    Kehangatan kemesraan antara kita mungkin sukar dilupakan. Sesungguhnya tidak ada yang berharga melainkan ukhuwwah yang dijalin atas dasar akidah, mencintai Tuhan yang Satu, melebihi ikatan kekeluargaan.

    Semoga Tuhan memberi rahmat atasmu Umar. Semoga Dia memberimu kekuatan menghadapi cabaran menghadapi dugaan. Semoga kembalimu ke tanah air menymbang keringat dan tenaga berjasa kepada umat...

    Sila klik di sini untuk pautan ke blog beliau.


    Berjasa Kepada Masyarakat

    NOTA: Perang Korea hanya dileraikan dengan gencatan senjata pada 1953. Korea Utara dan Selatan masih dalam status perang dan disempadani oleh garisan 38th Parallel. Kita doakan mudah-mudahan keadaan selamat sejahtera.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 comments:

    Suluh Hati said... 12:28 PM, April 11, 2009

    Tahniah..tahniah...Abdullah Umar ngambik course apa di korea?

    Azrul bin Jaini said... 8:59 AM, April 14, 2009

    Bagi pihak Umar; nya ngambik kursus mekanikal, 4 tahun ndak salah kamek, tambah setahun pertama belajar bahasa Korea.

    Item Reviewed: Teruskan Perjuangan! Rating: 5 Reviewed By: Azrul bin Jaini
    Scroll to Top