728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, June 30, 2009

    JOM CEMERLANG PMR MRSM 2009



    Syukur kepada Allah, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) bersama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuching telah menjayakan program Jom Cemerlang PMR 2009 pada 19-21 Jun 2009 yang lepas.



    Program ini merupakan program tahunan motivasi kecemerlangan, khusus untuk adik-adik Tingkatan 3. Program ini menerapkan bahawa kecemerlangan adalah bermakna kecemerlangan dalam segenap aspek kehidupan, melangkaui peperiksaan seperti PMR. Adik-adik juga telah disemai dengan semangat berpasukan, akhlak terpuji dan menghormati guru dan ibu bapa serta mempunyai hala tuju yang gemilang jauh ke masa hadapan.



    Kepada adik-adik yang telah menyertai program ini, pihak PERKEPIS mengharapkan agar semangat yang dipupuk ketika program sentiasa membara dalam diri untuk terus yakin melangkah dengan kegigihan. Kepada Tuhan kita sandarkan kekuatan.

    PMR adalah pada 7 Oktober nanti. Ada lebih kurang 3 bulan sahaja lagi. Lihat counter PMR di bahagian sebelah kanan blog ini. "Chaiyok, chaiyok!" kata urang Korea. Hehehehe....

    Sila ikuti blog sdr. Hisyam di pautan ini untuk lebih gambar.


    Berjasa Kepada Masyarakat



    NOTA: Sdr. Abdullah Umar b Raslie, salah seorang fasilitator JOM CEMERLANG SPM MRSM 2008 sekarang melanjutkan pelajaran di Korea. Pautan blog beliau, klik di sini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: JOM CEMERLANG PMR MRSM 2009 Rating: 5 Reviewed By: PERKEPIS
    Scroll to Top