728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, July 01, 2009

    Mengenali Islam Liberal


    Masyarakat Islam dewasa ini dikejutkan dengan amaran bahaya fahaman Islam liberal yang tersebar di kalangan sebahagian masyarakat di negara ini dengan kelahiran golongan yang dilihat cuba mentafsirkan ajaran-ajaran agama dari sudut yang longgar, mengutamakan akal dan menyalahi ketetapan-ketetapan yang telah dibuat dalam tradisi ilmu Islam. Dengan keterlibatan wibawa rasmi agama seperti mufti dan kaitannya dengan beberapa isu sosio-keagamaan dan undang-undang seperti sambutan perayaan bersama dan murtad, isu ini kadangkala cenderung bersifat polemik berbanding perbahasan ilmiah. Di kalangan masyarakat awam, lebih ramai yang riuh menyambung sahutan orang lain dari benar-benar membaca dan memahami sendiri mengenai intipati perbahasannya. -Dr. Farid Shahran, UIAM

    Apakah Islam Liberal? Siapakah yang membawa pemikiran ini? Apakah yang mereka perjuangkan? Mengapakah mereka berbahaya kepada masyarakat? Kita dalami lanjut barah yang melanda umat ini di pautan ini. Penulis telah menghuraikan masalah Islam Liberal ini secara menyeluruh dan mendalam, iaitu merangkumi aspek asal usul, pemikiran dan kesan terhadap masyarakat.




    Penulis ialah Dr. Farid Shahran (gambar), Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Akademik, Kuliyyah (Fakulti) Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan. Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau pernah dijemput ke program anjuran YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) dan ABIM Sarawak .

    Berjasa Kepada Masyarakat
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Mengenali Islam Liberal Rating: 5 Reviewed By: PERKEPIS
    Scroll to Top