728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, July 22, 2009

    Perjumpaan Mahasiswa Islam Sarawak (Khas) ke-4



    Jemputan buat mahasiswa dan mahasiswi Islam Sarawak yang menuntut di bumi Semenanjung! Kali ini PERKEPISMA (Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak caw. Semenanjung) telah menjemput seorang tokoh pendidik yang tidak asing lagi, iaitu Pn. Lily Hj. Morni. Seorang yang telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama lebih daripada tiga dekad, beliau sangat berpengalaman dalam mendepani masalah umat. PERKEPISMA telah berhajat agar beliau sudi memberikan kata-kata nasihat beliau khususnya kepada mahasiswa mahasiswi. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:



    Tarikh: 25 Julai 2009
    Tempat: Masjid Negara, KL
    Masa: 2.30 petang
    Tajuk: Mahasiswa: Kejayaanmu, Kebahagiaanku

    Para ahli PERKEPISMA amat rapat kepada beliau. Beliau telah mengunjungi Perjumpaan Mahasiswa Islam Sarawak beberapa kali; antaranya adalah pada 23 November 2007 di Masjid as-Syakirin KLCC;


    Dan pada 17 Jun 2008 di Seketariat PERKEPIS di Tabuan Jaya, Kuching.


    Pada Perjumpaan Mahasiswa Islam Sarawak kali ini juga diadakan Tahlil buat Arwah Allahyarham Ustaz Awang Pon bin Awang Sebon yang telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat 24 Rejab 1430H / 17 Julai 2009 yang lepas.

    Rebutlah peluang keemasan ini!

    Berjasa Kepada Masyarakat

    Untuk makluman lanjut, sila hubungi:

    Hisyam (013-3578168)
    Siti Raufa Sufrina (013-2983436)
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Perjumpaan Mahasiswa Islam Sarawak (Khas) ke-4 Rating: 5 Reviewed By: PERKEPIS
    Scroll to Top