728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, September 08, 2009

    Perkampungan Generasi Siswa Siswi Intelek 2009


    Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. Tuhan sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan mulia Sayyidina Muhammad Rasulullah s.a.w.

    Perkampungan Generasi Siswa Siswi Intelek 2009 telah berlangsung dengan jayanya pada 28 hingga 30 Ogos 2009 yang lepas di Homestay ABAS, Kampung Panglima Seman, Petra Jaya, Kuching. Program tersebut disertai oleh lebih 30 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang daripada institusi-institusi pengajian di sekitar Kuching-Semarahan.

    Beberapa tajuk penting yang menyentuh asas tiga cabang utama Islam iaitu Tauhid, Akhlak dan Fiqh dikupas untuk difahami dan dihayati di dalam program kali ini. Turut dikupas adalah tajuk-tajuk asas Harakat al-Islam berorientasi Manhaj Ilmiyyah dan Ruhaniyyah dan Manhaj Dakwah Maliziy. Di antara penyampai pengisian di dalam program pada kali ini adalah al-Fadhil Ustaz Syed Izzudin (Pendakwah Bebas berpusat di Kuching, Sarawak), al-Fadhil Ustaz Azhar Hashim (Pendakwah Bebas berpusat di Sg. Buloh, Selangor), al-Fadhil Ustaz Hasfa Bakhry (YDP ABIM Sarawak), Sdri. Shamsiah Mahli (Pengerusi HELWA ABIM Sarawak).


    Selain itu, program turut diseri dan dimeriahkan dengan Majlis Zikrullah dan Selawat ke atas Rasulullah s.a.w. Para peserta secara beramai-ramai menzaharkan ingatan diri kepada Allah s.w.t. dan mengalunkan bait-bait qasidah karangan al-Imam al-Hafiz Abdur Rahman ibn al-Daiba' al-Syaibani. Diiringi pukulan gendang dan disertai hati-hati yang ikhlas mencintai Rasulullah s.a.w. demi menyampaikan diri pada makna kecintaan kepada Allah s.w.t.

    Program diakhiri dengan Majlis Selawat ke atas Rasulullah s.a.w. dan Kuliah Perdana oleh al-Fadhil Ustaz Azhar Hashim yang dianjurkan selepas Solat Sunat Tarawikh di Sekretariat PERKEPIS yang turut disertai oleh masyarakat umum. Majlis yang dihadiri lebih kurang 60 orang telah menghangatkan susana malam Ramadhan dengan bait-bait qasidah yang dialunkan disusuli denganpenyampaian pengisian yang cukup bermakna oleh al-Fadhil Ustaz Azhar Hashim.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    Azrul bin Jaini said... 4:57 PM, September 08, 2009

    >_< yo Robbi.... ya lah rindok bermaulid & berqosidah... huhu...

    Item Reviewed: Perkampungan Generasi Siswa Siswi Intelek 2009 Rating: 5 Reviewed By: Khairul Anwar Shazali
    Scroll to Top