728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, August 28, 2009

    ::Perjumpaan Mahasiswa Islam Sarawak:: Ramadhan Kareem!!


    Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dengan rahmat-Nya kita masih dikurniakan nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Juga semoga Allah merahmati ahli keluarga baginda, sahabat-sahabatnya dan orang-orang yang ikhlas meruntuni jalannya sehingga Hari Kiamat.

    Syukur kepada Allah, kita telah selamat menunaikan ibadah puasa minggu yang pertama untuk tahun 1430 Hijrah ini. Semoga kita berhasil mengaut segala khazanah dan rahsia Ramadhan serta Rahmat yang telah disedia oleh Allah S.W.T. Semoga dengan seminggu ini kita telah mencapai tahap yang lebih baik berbanding sebelum kita berpuasa. Semoga kita berjaya menempuh pertengahan Ramadhan yang diberikan ganjaran khas Pengampunan daripada Allah dan seterusnya akhirnya ialah itqan minan naar, iaitu Pembebasan daripada Api Neraka, Amiin.

    "Awalnya (Ramadhan) adalah rahmat, tengahnya ampunan,
    dan akhirnya adalah pembebasan (daripada api neraka)"

    (Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

    Insya-Allah, dalam menyambut Ramadhan ini, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak cawangan Semenanjung (PERKEPISMA) akan menganjurkan Ihya' Ramadhan ataupun Menghidupkan Ramadhan dalam Perjumpaan Mahasiswa Islam Sarawak pada:

    Tarikh: 29 Ogos dan 5 September 2009
    Masa : 12tengahari
    Tempat: Masjid Negara, Kuala Lumpur

    Untuk tiba di Masjid Negara, anda boleh menggunakan pengangkutan awam. Anda turun di stesen LRT Rapid KL Pasar Seni ataupun stesen Komuter KTM Kuala Lumpur. Ataupun, anda jalan kaki dari Pasar Seni. Dekat sahaja!

    Sebagai makluman awal, insya-Allah Yayasan Sarawak akan menganjurkan Majlis Sungkei di Rumah Yayasan Sarawak, Kuala Lumpur pada 5 September 2009. Program bermula pada kira-kira pukul 7 petang. Program sungkei ini terbuka kepada setiap anak Sarawak Muslim yang berada di Semenanjung. Insya-Allah kita akan sediakan butir-butir lanjut pada masa-masa akan datang. Ju, kita berambeh bersungkei sama-sama!

    Untuk butiran lanjut, sila hubungi:

    Sdr. Hisyamudin - 013-3578168
    Sdri. Siti Raufa Sufrina - 013-2983436

    Semoga kita mendapat manfaat daripada program ini. Jumpa di sinun! :)

    Berjasa Kepada Masyarakat
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: ::Perjumpaan Mahasiswa Islam Sarawak:: Ramadhan Kareem!! Rating: 5 Reviewed By: Azrul bin Jaini
    Scroll to Top