728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, August 03, 2009

    Nyeru' ke Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM ke-48



    Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) ataupun Muktamar Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang ke-48 akan berlangsung bersama Kongres Pelajar dan Penegasan Teras Kenegaraan. MPAT dan Kongres akan berlangsung seperti berikut:



    TARIKH
    Kongres : 8 Ogos 2009 (Sabtu)
    MPAT ke-48: 9 Ogos 2009 (Ahad)

    TEMPAT
    Wisma Belia, Kompleks MAYC, 40, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur

    Yuran program MPAT dan Kongres adalah seperti berikut:

    Perwakilan : RM25
    Pemerhati : RM15

    Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) merupakan salah satu daripada Badan Gabungan Negeri (BGN) bawah naungan PKPIM. Bersama berkumpul dalam program ini ialah sahabat-sahabat dari serata negara; termasuk PEPIAS (Selangor), PPINS (Negeri Sembilan), KPIJ (Johor), IKATAN (Pahang), PERSIDA (Kedah), PPIK (Kelantan), KEPITAR (Terengganu) dan SISMA (Sabah). Oleh yang demikian, bagi ahli yang berminat untuk menyertai muktamar ini, sila hubungi Hisyam (013-3578168) ataupun YM beliau di schisyamout@yahoo.com.

    Mahasiswa digalakkan untuk menyertai perhimpunan agung ini untuk menyebarkan siratulrahim bersama mahasiswa mahasiswi dari serata negara. Bagi mahasiswa Islam Sarwak khususnya, acara tahunan yang begitu dinantikan ialah Malam Tautan Anak Negeri yang akan berlangsung pada malam 8 Ogos 2009 (Sabtu). Di sinilah berhimpun hati-hati yang terpaut tika berada di jauh di perantauan. Di sinilah tempat untuk meluahkan rasa kebimbangan. Di sinilah tempat untuk membakar semangat untuk membawa arus perubahan di tanah air di Bumi Kenyalang. Di sinilah tempat untuk sama-sama merasakan: "Aku tidak keseorangan di sini!"

    Tema pakaian:


    Malam Tautan Anak Negeri: Baju-T PERKEPIS
    Majlis MPAT : Baju Melayu penuh (bersabok) / Baju Kurung berwarna hijau

    Marilah kita berhimpun. Marilah kita bersatu. Marilah kita menabur bakti Berjasa Kepada Masyarakat.

    Duduk aku termangu,
    Mengenang kembali kisah berlalu,
    Saat hati bermuram durja,
    Perlu ditekur agar kembali teruja!



    Kenang-kenangan sewaktu MPAT ke-47, 2008


    Catitan suasana indah persaudaraan pada Malam Tautan Anak Negeri sempena MPAT ke-47 2008 boleh didapati di pautan ini:

    Warna-warni Rindu Para Du'ah: Pada Tuhan, pada Umat!


    Berjasa Kepada Masyarakat
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Nyeru' ke Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM ke-48 Rating: 5 Reviewed By: PERKEPIS
    Scroll to Top