Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam serta orang-orang yang mengikuti baginda sallallahu alaihi wasallam sehingga Hari Kiamat.
Syukur kepada Allah, program Barnamij Taakhi wa Talahum ke-11 anjuran Akademi Bestari Muda (ABM) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah selamat berlangsung selama 3 hari 2 malam pada 29 sehingga 31 Januari 2010 yang lepas. Program tersebut telah disertai oleh lebih 40 orang peserta lelaki dan perempuan. Mereka merupakan individu-individu yang lepasan SPM 2009 yang terdiri daripada lebih 9 buah sekolah di kawasan Kuching. Namun demikian, program bertambah meriah apabila dihadiri oleh saudara dan saudari yang datang dari Sebuyau (pmemakan masa 3 jam perjalanan ke Kuching) seramai 5 orang serta dua orang pelajar Tingkatan Dua.
Program Baramij Taakhi wa Talahum yang juga bermaksud ‘program sesaudara seperdagingan’ merupakan program tahunan ABM menghimpunkan para penuntut lepasan SPM yang bertujuan untuk mengajak rakan-rakan sebaya bersama-sama mengikat tali persaudaraan tanpa membezakan lagi soal kelompok sekolah. Melalui program ini, diharapkan para peserta dapat berkongsi bersama-sama akan kesedaran betapa pentingnya persaudaraan bermula daripada awal usia. Ini kerana perjalanan kehidupan bakal ditempuh masih jauh. Dengan ikatan yang disimpul sebegini awal, diharapkan kelak akan membuahkan makna dalam diri dalam bersama-sama menggembleng tenaga berjasa kepada masyarakat sehingga ke hujung nyawa.
Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan sehinggalah ke Hari Kiamat kelak. Marilah kita bersama-sama berdoa agar ikatan ukhuwah ini terjalin dan diikatkan atas persaudaraan suci yang dipandang oleh Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Mudah-mudahan dengan persaudaraan, kepercayaan dan kesetiaan yang dipupuk mampu menjadi janakuasa yang luar biasa. Agar kelak dalam bergerak bersama-sama dalam memikul tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat dalam perjalanan meraih redha Allah Tuhan sekalian alam. Amiin, ya Rabb!
Terima kasih daun keladi kepada insan-insan yang telah bertungkus-lumus menjalankan amanah dalam bersama menjayakan Barnamij Taakhi wa Talahum, sama ada secara langsung dan tidak langsung. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian...
Atas: Dari kanan; Bg Zack, mahasiswa perubatan di New Zealand (Ketua AJK Dapur), Ustaz Suhardi (Pengasas ABM), Sdr. Ahmad Syahmeer “Bob”, mahasiswa TESL UNITAR (Ketua Fasilitator)
Atas: Bg Syed Abdul Hamid, Mantan YDP PERKEPIS
Atas & Bawah: AJK Dapur
Bawah: Barisan fasilitator ABM (lepasan SPM) yang dipimpin oleh sdr. Ahmad Syahmeer
Bertani di lading dibawa bekal,
Keringat diperah demi umat;
Ukhuwah seakidah saudara kekal,
Ukhuwah dikandung ajal penamat.
Dimudik di hulu hingga ke muara,
Payah berperau’ ngael sembilang;
Islam pengikat ukhuwah bersaudara,
Teguh umah kembalilah gemilang!
Berjasa Kepada Masyarakat
0 comments:
Post a Comment