Para peserta bersama fasilitator sebelum program
Alhamdulillah pada 29-31 Januari yang lepas Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dengan kerjasama JPK Kolej Allamanda, UNIMAS telah mengadakan Program Pembangunan Sahsiah yang diadakan di Kolej Allamanda UNIMAS. Dengan peserta seramai hampir 20 orang dan tenaga penggerak termasuk AJK serta fasilitator seramai hampir 10 orang telah menyempurkan dan memeriahkan program ini. Antara objektif program ini adalah untuk memupuk akhlak mulia seperti tolong-menolong serta bekerjasama di antara penghuni kolej; memberi kesedaran kepada para mahasiswa untuk menghormati antara satu dengan yang lain terutama yang berlainan kaum,bangsa dan agama; juga melahirkan rasa syukur dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak kolej.
Antara pengisian-pengisian program ini adalah latihan dalam kumpulan(LDK), latihan luar kumpulan (LLK) dan juga ceramah dari Tuan Muhammad 'Afif Iskandar juga En. Syeed Abd. Hamid. Di antara aktiviti yang menarik adalah Jambatan Kehidupan dan juga Sidang Parlimen. Sidang Parlimen berlangsung hangat dengan telatah peserta dan juga "pihak pembangkang" dan juga "kerajaan" berbahas mempertahankan hujah masing-masing.
Di akhir program,ucapan penutupan yang amat menarik juga penuh makna dari Tuan Pengetua yang mana penulis kira sangat sarat dengan nasihat dan kata-kata semangat.
Terima kasih diucapkan kepada pihak JPK Kolej Allamanda dengan ucapan penghargaan yang tidak terhingga,juga kepada Pengetua Kolej Allamanda Dr. Noorzaid, tidak dilupa kepada para peserta yang sememangnya "sporting" dengan izin. Ucapan terima kasih tidak terhingga kerana para peserta sanggup meluangkan masa untuk mengikuti program ini. Juga jutaan terima kasih kepada para fasilitator yang sanggup berkorban meluangkan masa dengan sahabat peserta di hujung minggu.
Moga hubungan persahabatan diantara kita tidak terputus,dan moga berjumpa lagi di lain hari,InsyaAllah. Disini dilampirkan beberapa gambar untuk tatapan semua.
Para peserta mahasiswa
Para peserta mahasiswi
Salah seorang peserta menunjukkan hasil kerjanya
Dr. Noorzaid, Pengetua Kolej Alamanda UNIMAS
Barisan fasilitator (dari kiri: Kak Fizan, Abg. Wel, Abg. Amad, Abg. Afif dan isterinya Kak Niza)
Para peserta bersama fasilitator pasca program
0 comments:
Post a Comment