728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday, June 19, 2010

    Ziarah Habib Muhammad bin Soleh al-Attas ke Kuching

    Habib Muhammad bin Soleh al-Attas, seorang ulama dari Yaman akan menziarahi bandaraya Kuching pada 22 sehingga 23 Jun 2010. Lawatan adalah atas permintaan beliau ingin melihat suasana masyarakat dan ruang dakwah di Bumi Kenyalang. Kehadiran beliau merupakan satu peluang untuk mendengarkan kata-kata mutiara beliau. Tidak asing lagi, bahawa para ulama merupakan pewaris para nabi-nabi:

    "Para ulama adalah pewaris para Nabi. Sesungguhnya para Nabi tidak meninggalkan warisan harta, akan tetapi mereka meninggalkan ilmu."
    ~Hadith Riwayat Imam Ahmad

    Bagi menjadikan kehadiran beliau lebih bermakna kepada kita, mari kita kenali beliau:

    Nama beliau ialah Habib Muhammad bin Soleh al-Attas. Beliau merupakan salah seorang di kalangan ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie dari Hadramout yang sering kali mengunjungi Malaysia di dalam usaha dakwahnya. Di antara guru-guru beliau ialah yang tidak asing lagi Habib Umar bin Mohd bin Salim Bin Hafidz, mudir pusat pengajian Dar AlMustofa, Tareem, Hadramout Yaman, Habib Muhammad bin Abdullah AlHaddar dan Habib Ali bin Muhammad Al-Attas (mufti Huraidah, Hadramout Yaman). Sebagai seorang mudir Rubath Al Fath, di Huraidhah, Hadhramaut, Yaman, beliau mempunyai lebih kurang 40 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai negara termasuk Indonesia dan Malaysia.

    Tentatif Program

    Tarikh : 22 JUN 2010 H / 9 REJAB 1431 H
    Hari : SELASA
    Tempat : Kediaman Dato Sri Wan Abu Bakar Bin Tku Muhammad Al-Aidarus (rumah ke-4 selepas DBP)
    No.16, Embun Desa
    Jln Datuk Patinggi Hj Abd Rahman Yakub
    93050, Kuching

    Agenda:
    6.00 ptg : Wirdullatif
    6.45 ptg : Solat Maghrib Berjema’ah
    Rattib Al-Attas, Mawlid Daiba’ie & Qasidah
    Tausyiah : Disampaikan oleh Habib Muhammad B. Soleh Al-Attas
    (Penterjemah : Saudara Muhammad Al-Haddad)
    Qasidah
    9.00 mlm : Solat Isya Berjema’ah
    9.30 mlm : Jamuan Makan


    Tarikh : 23 JUN 2010 H / 10 REJAB 1431 H
    Hari : RABU


    Agenda
    :
    5.00 pagi : Solat Subuh Berjemaah di rumah Dato Sri Wan Abu Bakar Bin Tku Muhammad
    Al-Aidarus
    Rattib
    Kuliah Subuh
    7.00 pagi : Jamuan Sarapan Pagi
    Rehat & Berkemas
    8.30 pagi : Bertolak Ke Rumah Habib Mohamad Bin Alwi Al-Attas
    9.00 pagi : Mawlid/Asma’ul Husna
    Qasidah
    Tausyiah / Tabaruk Baca Kitab oleh : Al-Habib Muhammad Bin Soleh Al-Attas
    (Penterjemah : Saudara Muhammad Al-Haddad)
    Qasidah
    11.00 pagi: Sesi Dialog Bersama Al-Habib Muhammad Bin Soleh Al-Attas
    11.30 pagi: Jamuan Makan Tengahari
    12.15 tgh : Bertolak Ke Rubath di Kampung Selang (Utz Syed Izuddin Bin Syed Kamaluddin Al-Aidarus)
    12.45 tgh : Tiba di Kpg Selang, Telaga Air
    Solat Zohor Berjema’ah
    Ziarah Rubath
    1.45 ptg : Bertolak ke Rumah Dato Sri Wan Abu Bakar Al-Aidarus
    2.10 ptg : Berkemas
    3.30 ptg : Pesanan & Nasihat dari Al-Habib Muhammad Bin Soleh Al-Attas kepada warga Kuching
    4.00 ptg : Solat Asar Berjema’ah
    Jamuan Minum Petang
    4.45 ptg : Bertolak Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching


    Marilah meraikan majlis berasama ulama.... semoga kita mendapat manfaat daripada kedatangan beliau... Ameen...

    NOTA: Alamat kediaman Habib Mohamad Bin Alwi Al-Attas (Madrasah al-Khairat) ialah:
    No. 70
    Jln Bunga Cempaka, Gita
    93050 Kuching


    "Berjasa Kepada Masyarakat"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Ziarah Habib Muhammad bin Soleh al-Attas ke Kuching Rating: 5 Reviewed By: Azrul bin Jaini
    Scroll to Top