728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, March 23, 2011

    ::KUCHING BERSELAWAT::


    Alhamdulillah, segala Puji Bagi Allah Tuhan sarwa Alam. Dialah yang berhak disembah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Segala Puji Bagi Allah yang telah mengutuskan rahmat buat serata alam, Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Selawat dan salam atas baginda, ahli keluarga dan para sahabat baginda. Semoga Allah merahmati orang-orang yang ikhlas mengikuti jalan mereka sehingga Hari Akhirat kelak, insya-Allah.



    Segala Puji bagi Allah, Kuching Berselawat telah diadakan dengan jayanya 18 Mac 2011, Jumaat yang lepas bertempat di Waterfront Square, Kuching Sarawak. Seramai lebih 500 hadirin dan hadirat telah menghadiri program tersebut, terdiri daripada warga Kuching, pengunjung Waterfront termasuk pelancong asing. Program telah dimuliakan dengan kehadiran Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki diiringi Ustaz Syed Muhammad bin Alwi al-Attas (Habib Muhammad). Syeikh Muhammad Fuad merupakan ulama muda yang merupakan Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dan Pengerusi Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

    Program tersebut merupakan hasil kerjasama daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS), Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA), Akademi Bestari Muda (ABM), Homestay ABAS, Madrasah al-Khairat, almawlid, Marjan, Heavenly Ensemble dan Alumni ESQ Sarawak. Terima kasih sekalung penghargaan buat individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak menjayakan program ini, terutama Pengarah Kuching Berselawat, Ustaz Suhardi bin Edward, mantan Yang Di-Pertua ABIM Negeri Sarawak. Terima kasih juga buat penaja Kuching Berselawat, Petra Energy BERHAD yang telah melicinkan persediaan program.



    Bertemakan “Menuju Mahabbah Rasulullah s.a.w,” Kuching Berselawat bertujuan untuk memupuk dan menebarkan budaya selawat di kalangan masyarakat. Sesungguhnya berselawat atas Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam merupakan seruan daripada Allah buat hamba-hamba-Nya:


    “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi (Muhammad sallallahu alaihi wasallam), ‘Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.’” (Surah al-Ahzab, 33 : 56)


    Menyebut hal ini, Imam Busiri dalam Qosidah Burdah beliau mengatakan:

    “Pujilah apa sahaja kemuliaan yang ada padanya sesuka hatimu,
    Dan pujilah apa sahaja keagungan yang layak untuk kedudukannya sekehendakmu,

    Kerana sesunnguhnya keagungan dan kelebihan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam itu tiada had baginya,
    Sehinggakan lidah dapat mengungkapkan segala keistimewaannya dengan bahasa yang indah”


    Mengadakan majlis mawlid dengan iringan qosidah merupakan satu tradisi kebudayaan Islam yang telah disusun oleh para ulama sebagai sarana untuk mendekatkan masyarakat kepada mahabbah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Ini kerana mencintai baginda sallallahu alaihi wasallam akan membawa kita kepada Tuhan Rabbul Jalil, Allah S.W.T. Hatta, Islam telah tersebar di Nusantara melalui saluran seperti ini, sebagaimana yang telah dimanfaatkan oleh para ulama terdahulu.

    Antara acara-acara yang diadakan ialah:


    Petang


    Qosidah Iftitah daripada Heavenly Ensemble & Madrasah al-Khairat

    Persembahan qosidah daripada almawlid, Marjan, Madrasah al-Khairat dan Heavenly Ensemble


    Pengunjung yang hadir acara petang


    Maghrib
    Dipimipin oleh sdr. Syed Abd Hamid, mantan Yang Di-Pertua PERKEPIS
    Solat Maghrib dan pembacaan zikir Wirdul Latif oleh Ustaz Hj Muhadir bin Hj Joll

    Pengisian tazkirah daripada Fadhilatul Ustaz Hj Muhadir bin Hj Joll


    Malam



    Tetamu: Habib Muhammad bin Alwi al-Attas & Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki

    Ceramah Perdana oleh Fadhilatul Syeikh Fuad


    Syukur Alhamdulillah, segalanya telah dilancarkan, dimudahkan oleh Allah S.W.T. Terima kasih khusus buat Syeikh Muhammad Fuad beserta rombongan, kumpulan almawlid dan Marjan yang telah sudi bertandang ke Bumi Kenyalang untuk program Kuching Berselawat. Hakikatnya, Kuching Berselawat merupakan kenangan indah yang sukar dilupakan. Terima kasih kesudian kalian bertandang ke lubuk dakwah ini, yang juga umpama ladang yang subur untuk ditanam benih-benih agama Allah ini.

    Terima kasih buat penggerak-penggerak belakang tabir yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini.


    AJK Penghias Pentas & Kanopi

    AJK Pentas & Teknikal
    AJK Promosi & Tugas Khas
    AJK Protokol
    almawlid, Marjan, Madrasah al-Khairat & Heavenly Ensemble

    Semoga sekelumit amalan ini menjadi asbab untuk mendapat redha Allah kelak untuk memasuki Syurga abadi, dan bersemuka dengan sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Amiin...


    “Menuju Mahabbah Rasulullah sallallahu alaihi wasalam”

    “Berjasa Kepada Masyarakat”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: ::KUCHING BERSELAWAT:: Rating: 5 Reviewed By: Azrul bin Jaini
    Scroll to Top