728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, March 11, 2011

    LAPORAN RAWON HEWI 2011 EDISI BAHAU, NEGERI SEMBILAN




    Tanggal 3-5 Februari 2011, Hal-Ehwal Siswi (HEWI) Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak cawangan Semenanjung Malaysia (PERKEPISMA) telah mengadakan Rawon HEWI 2011 Edisi Bahau, Negeri Sembilan. Program ini merupakan program tahunan Hewi Perkepisma yang mana sebelum ini telah diadakan di Kuantan, Pahang dan Melaka.


    Alhamdulillah, seramai 7 orang Hewi Perkepisma menyertai Rawon kali ini yang terdiri dari pelajar UIAM, UKM, Pusat Asasi UIAM, UiTM Shah Alam, KUIS dan Ins. Pendidikan Ilmu Khas (IPIK). Perjalanan dari Kuala Lumpur hingga Kampung Jempul, Bahau memakan masa 6 jam menaiki KTM dan bas ekspress. Antara aktiviti yang dilakukan ialah seperti ziarah silaturrahmi, lawatan ke Istana Seri Menanti dan slot pengisian.



    Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah, Puan Ramlah binti Ludin dan seluruh keluarga En. Mustapha atas layanan baik dan bantuan yang diberikan sepanjang program. Juga tahniah buat seluruh urusetia yang berjaya menganjurkan program ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dengan penyertaan yang lebih baik kerana manfaatnya sungguh besar buat mahasiswi yang bertebaran di setiap IPTA di seluruh Semenanjung Malaysia.

    BERJASA KEPADA MASYARAKAT!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: LAPORAN RAWON HEWI 2011 EDISI BAHAU, NEGERI SEMBILAN Rating: 5 Reviewed By: Ummu Fateh
    Scroll to Top