728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, April 07, 2011

    3R (Rawon, Rileks, Riadhah)


    Pada Sabtu, 2 April 2011 yang lepas, satu mesyuarat oleh bekas peserta PMGS2011 telah diadakan di Sekretariat PERKEPIS, Gita. Mesyuarat tersebut merupakan program susulan yang telah disusun untuk sentiasa berhubungan dengan peserta. Kumpulan MaGasT, SUKMA BABA dan SUDESU.



    Program Perkampungan Menara Gading Sarawak 2011 (PMGS 2011) telah diadakan pada 11 hingga 13 Februari 2011 yang lalu di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Seramai 104 peserta SPM 2010 telah menyertai program tersebut. Program tersebut telah ditangguhkan oleh Y.B. Datuk Hj. Fadillah Yusof Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Malaysia.

    Mesyuarat tersebut mendedahkan para bekas peserta PMGS latihan dengan menyerahkan mereka untuk membuat satu tugasan: mengendalikan program. Satu program menarik telah dirangka iaitu dengan nama 3R: Rawon, Rileks dan Riadah seperti yang berikut:

    Tarikh: 23-24 April 2011
    Tempat: Homestay Saptuyah, Pasir Pandak, Kuching
    Yuran: RM5

    Debaran menjalankan program semakin terasa. Apapun, menjalankan suatu kebaikan dengan program misalan, bukanlah semudah itu. Pasti ada cabarannya. Dan cabaran serta dugaan seperti inilah yang akan mendewasakan kita untuk saling melengkapi dan bahu-membahu antara satu sama lain. Terimalah sahabat-sahabat sekeliling kita, bergeraklah dalam satu barisan dan berlapang dada terhadap apa-apa yang dihadapi.



    Kita doakan agar para sahabat-sahabat maju jaya dalam program yang mereka adakan kelak, ameen.


    “Bejasa Kepada Masyarakat”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: 3R (Rawon, Rileks, Riadhah) Rating: 5 Reviewed By: Azrul bin Jaini
    Scroll to Top