728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, April 04, 2011

    Latihan Kesetiausahawanan dan Pengurusan Organisasi (LAKEPO)


    Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dengan kerjasama Madrasah al-Khairat (seliaan Ustaz Mohamad bin Alwi al-Attas) akan mengadakan program latihan dakwah secara berkala bermula Selasa minggu ini, pada 5 April 2011, iaitu Latihan Kesetiausahawanan dan Pengurusan Organisasi (LAKEPO). Program bersepadu tersebut bertujuan untuk mempersiap generasi muda dalam memperkasa diri, mempertajam minda, bertukar-tukar fikiran dan mempererat ukhuwah antara satu sama lain.

    Latihan termasuklah cara-cara pengurusan program, daripada kertas kerja sehinggalah penghabisan program. Antara lain ialah perkongsian seni kemahiran yang tidak kurang penting dalam dakwah, termasuklah pengucapan awam (public speaking), penulisan dan sebagainya.

    Acara pada selasa ini:

    Tarikh: 5 April 2011, Selasa
    Tempat: Madrasah al-Khairat di No. 70, Jalan Bunga Champaka, Kpg. Pinang Jawa, Gita, Kuching
    Masa: 8.30 malam
    Yuran: Tiada
    Penyertaan: Terbuka

    Aktiviti menarik menanti anda!

    Sahabat-sahabat sekalian, marilah rebut peluang ini! ;)

    “Berjasa Kepada Masyarakat”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Latihan Kesetiausahawanan dan Pengurusan Organisasi (LAKEPO) Rating: 5 Reviewed By: Azrul bin Jaini
    Scroll to Top