728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, March 14, 2012

    LAPORAN PERKAMPUNGAN MENARA GADING SARAWAK 2012

                 Segala puji dan syukur kita rafa’kan kepada Illahi, di atas nikmat yang dikurniakan oleh-Nya, selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat baginda. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah dapat menyempurnakan program Perkampungan Manara Gading Sarawak 2012 yang merupakan program tahunan PERKEPIS dengan tema “Menjejak Peribadi, Mengakar Rohani, Mencetus Inspirasi”. Sebanyak 4 destinasi yang telah menjadi lokasi PMGS 2012 iaitu di Miri, Bintulu, Sibu dan kemuncaknya di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching Sarawak.

    PERKAMPUNGAN MENARA GADING MIRI 2012
    20-21 JANUARI 2012




    PERKAMPUNGAN MENARA GADING BINTULU 2012 : EDISI KILAT
    21 JANUARI 2012

    PERKAMPUNGAN MENARA GADING SIBU 2012
    25-26 JANUARI 2012

    Antara objektif utama penganjuran Perkampungan Menara Gading Sarawak ialah untuk membentuk jatidiri para peserta bagi mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa dan jelas dengan halatuju kehidupan pasca universiti. Selain itu, memberi pendedahan kepada para peserta akan realiti kehidupan akademik di universiti supaya bijak memilih jurusan untuk kerjaya masa depan. PERKEPIS juga berusaha untuk melahirkan keyakinan dan kesedaran pada diri para peserta betapa pentingnya perancangan yang betul dalam menentukan halatuju seorang mahasiswa Muslim demi agama dan negara dan menyediakan para peserta dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal mereka tempuhi untuk mengelakkan kejutan budaya dan pemikiran.



    PERKAMPUNGAN MENARA GADING SARAWAK 2012
    30 JANUARI-1FEBRUARI 2012 DI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

    Diharap program ini mampu memberi kesan positif kepada semua yang terlibat. Amat besar harapan kami agar program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diberikan kepada semua pihak terutamanya tenaga kerja PMGS setiap bahagian yang membantu sama ada secara langsung mahupun tidak lansung. Semoga setiap amalan kita mendapat tempat disisi-Nya.

    "BERJASA KEPADA MASYARAKAT"

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    Bilal157 said... 10:47 AM, January 10, 2014

    https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT

    Item Reviewed: LAPORAN PERKAMPUNGAN MENARA GADING SARAWAK 2012 Rating: 5 Reviewed By: Ummu Fateh
    Scroll to Top