728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, March 05, 2012

    RAWON HEWI 2012


    RAWON HEWI 2012 merupakan program tahunan anjuran Hal Ehwal Siswi PERKEPIS yang berada di Semenanjung Malaysia (HEWI PERKEPISMA).  Pada tahun ini, negeri Johor Darul Takzim telah dipilih untuk member peluang kepada ahli-ahli yang berada di negeri lain datang berziarah ke Johor. Di samping itu, ziarah ke Johor ini juga ialah sebagai satu langkah PERKEPIS untuk mengeratkan lagi  mempunyai perhubungan dengan Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) yang banyak membantu pihak PERKEPIS dalam merangka program ini. Ini bertepatan dengan tema Rawon HEWI kali ini iaitu ‘Musafir fillah, menjalin ukhuwah’.

    Program ini bakal dijalankan pada hujung minggu memandangkan terdapat perbezaan masa cuti antara kampus. Tempat yang digunakan ialah sekitar kawasan penginapan serta sekitar Johor Bahru .Aktiviti yang bakal dijalankan adalah berunsur perbincangan dalam kumpulan, ceramah, tayangan video dan aktiviti luar. Input yang diberikan adalah sekitar perkara asas dan aplikasi dalam kehidupan seharian. 

      
    Program bersama seperti RAWON HEWI ini penting dalam membina kekuatan dalam diri kerana dengan adanya ziarah seperti ini, mampu untuk mengingatkan kita kepada tujuan asal kita melanjutkan pelajaran di bumi Semenanjung Malaysia ini. Selain itu, program seperti ini bakal menjadi peransang kerana kita sedar bahawa kita tidak keseorangan dalam meneruskan perjuangan ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: RAWON HEWI 2012 Rating: 5 Reviewed By: Ummu Fateh
    Scroll to Top